Semasa di IOI Corporation Berhad, Sukau, Kinabatangan, saya di dalam perjalanan pulang dari jeti Sukau melalui buffering zone Sungai Kinabatangan ke ladang menaiki motorsikal. Menggunakan camera digital, saya sempat merakam kumpulan gajah pigmi dianggarkan hampir 20 ekor sedang melintasi jalan.
Satu pengalaman yang sukar dilupakan. Tidak sama pengalaman melihat gajah di zoo. Melalui peristiwa tersebut, saya simpulkan bahawa gajah bukanlah menakutkan seperti badannya yang besar. Anak gajah manja dan suka bermain - main. Cuma..mereka akan bertindak bila mana terasa terancam. Sama juga seperti kita..
No comments:
Post a Comment