1. Semalam saya telah berkenalan dengan 'senior manager, planters' dari sebuah syarikat terkemuka negara di Sibu. Berusia 61 tahun dan telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam industri sawit Malaysia dan Indonesia. Kami telah berbincang banyak perkara mengenai industri dan berkongsi banyak idea.
2. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai pengorbanan keluarga kepada suami yang bekerja di ladang atau kilang sawit. Sudah menjadi kebiasaan, kawasan ladang berada jauh dari bandar. Istilah 'kem' selalu digunakan untuk mentakrifkan kehidupan di ladang! Sebuah kawasan yang mempunyai lingkup kehidupan sendiri. Keluar dan masuk terhad. 'Terpisah' jarak dari kehidupan bermasyarakat yang biasa diperolehi daripada kehidupan biasa di kampung atau kawasan perumahan.
3. Anak dan isteri tiada akses kepada kehidupan luar melainkan hanya kita sahaja yang ditemui setiap hari. Kehidupan bergaul dan bermain dengan kanak - kanak lain seperti yang kita rasai dulu tidak lagi menjadi pilihan buat mereka. Isteri pula, tiada tempat lain untuk bercakap, melainkan hanya kita (itu pun jika kita tidak letih atau stress disebabkan kerja. Kalau tak, pasti kita pun akan melakukan aktiviti sendiri, tgk tv atau tidur ;P). Bayangkan pula, kalau tempat itu tiada kemudahan telefon dan jalan keluar ke bandar pula 3 atau 4 jam. Jalan sudah semestinya tidak secantik lebuhraya PLUS!
4. Kepada mereka yang berhijrah ke luar negara seperti Indonesia, Papua atau Congo, sudah semesti keluarga ditinggalkan di Malaysia. Ada yang ditinggalkan berbulan - bulan malah hampir setahun! Apabila balik ke Malaysia, anak mungkin tidak kenal bapanya.
5. Kepada yang mempunyai anak bersekolah, sudah semestinya ditinggalkan di bandar atau di tempat yang kondusif untuk belajar. 'Planters & Millers' ini biasanya akan tinggal sendirian di ladang, menjadi 'suami di hujung minggu'. Jika keluarga tinggal di Semenanjung, mungkin juga menjadi 'suami hujung bulan'. Pendidikan anak, makan dan minum sudah tentu diserahkan kepada isteri.
6. Semasa 8 bulan mengandungkan anak yang pertama (masih menjadi penolong jurutera), isteri saya masih menaiki van kecil untuk pergi membeli barang keperluan rumah! Sudah tentu melalui Jalan Jereco, Lahad Datu yang terkenal dengan penuh cabaran. Perjalanan pergi dan balik 6 jam, untuk membeli barang kerperluan selama 3 jam di Lahad Datu. Itu termasuk masa untuk pergi ke semua tempat untuk membeli barang keperluan selama sebulan! Ada di kalangan isteri yang bekerja dan suami bekerja di ladang, anak akan diuruskan oleh pembantu rumah. Bagi isteri yang berpendidikan tinggi dalam bidang tertentu, mungkin tidak mempunyai peluang untuk bekerja. Sudah tentu menjadi pengurus rumahtangga, masa kerja adalah 24 jam selama 7 hari seminggu.
7. Mngkin saya tidak dapat menyeneraikan semua pengorbanan keluarga terhadap 'planter & miller'. Namun, pengorbanan yang paling utama adalah sanggup menjadi tulang belakang dan penyokong paling besar dalam kehidupan suami semasa menghadapi pelbagai ujian di tempat kerja. Tanpa keluarga, suami itu tidak akan menjadi seorang planter atau miller yang berjaya. Kerjaya di industri bukanlah indah seperti industri lain, tekanan daripada bawahan (operasi & pekerja), atasan (bos) mahupun luaran (DOE,JKKP,RSPO ect) saban hari bersilih ganti.
8. Planter yang saya temui mengutarakan pandangannya setiap syarikat perlu menjaga dan memikirkan soal pengorbanan pengurus serta keluarga mereka. Apalah salahnya di tempat yang mencabar seperti Sarawak ini diberikan sedikit kelebihan aluan tambahan dan kemudahan lain yang sesuai untuk keluarga mereka. Ini kerana, keluarga itulah yang banyak berkorban kepada suami @ ayah kerana sanggup mengikuti tinggal di ladang (atau berjauhan selama setahun !).
9. Saya berpendapat, jika seorang planters atau millers mempunyai majikan @ bos yang 'baik', sudah semestinya semua keluhan mereka akan didengar dan mendapat perhatian sewajarnya. Masalah 'turnover' keluar dan masuk pengurus, tidak akan menjadi isu utama syarikat. Untuk menjadi seorang bos yang 'baik', pilihlah di kalangan mereka yang sudah mempunyai cukup kredibiliti dan sudah merasai susah senang semua tempat di dalam industri. Dengan harapan, beliau akan menjadi seorang ketua yang memikirkan orang bawahannya..bukan sahaja 'kerusi' panas yang didudukinya.
10. Allahyarham Tan Sri Basir Ismail, bekas Pengarah MPOB pernah berkata ; " Semua planters berada di sana adalah kerana mereka cintakan kerjaya mereka ! ". Pelbagai perit jerih yang ditempuhi, mereka tetap kekal di dalam industri. Mereka itu adalah penjuang industri dan akan tetap dikenang selama - lamannya......begitu jua keluarga mereka. Rakyat Malaysia patut berbangga dengan mereka!
No comments:
Post a Comment