Monday 4 May 2009

Sarawak-Brunei-Sabah 500 KM














Kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan jalan darat dari Miri ke Kota Kinabalu, berikut beberapa tip yang berguna :-


1. Jarak dari bandaraya Miri ke Kota Kinabalu adalah 500 KM.


2. Keseluruhan perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam (Tanpa mengambil kira masa menunggu di setiap checkpoint.


3. Jumlah checkpoint (Imigresen & Kastam Malaysia/Brunei) adalah 10.Kesemuanya perlu dicop!


4. Anda perlu menpunyai Pasport Antarabangsa yang masih sah.


5. Anda digalakkan untuk menukar duit Brunei sekurang - kurangnya untuk makan minum semasa berada di Brunei.


6. Bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, jangan pilih semasa cuti. Kalau tidak, mungkin anda perlu membawa bekal untuk persediaan menunggu di dalam kereta!


7. Terdapat 2 feri yang ada perlu dilepasi. Setiap satu di M'sia dan Brunei. Jambatan masih di dalam pembinaan. Jika musim banjir, kemungkinan besar feri tidak dapat beroperasi dan mungkin anda tidak dapat menyeberang.

Berhati - hati di jalanraya, sambil menikmati keindahan permandangan di sepanjang jalan!



No comments:

Post a Comment