Sunday 3 May 2009

Songkok dan Daging Halal



  1. Semasa sedang membeli barang keperluan rumah di sebuah supermarket di Miri, saya terpandang seorang kakitangan yang bertugas di bahagian daging (ayam & lembu) memakai songkok.

  2. Ini kali pertama saya nampak seorang penjual daging memakai songkok(budak muda lagi tu), terutama di sebuah pasaraya! Kalau di tepi jalan di kampung, saya tak kisah pun.

  3. Tidak cukup dengan banner besar tanda halal, pihak pengurusan yang pastinya bukan beragama Islam, telah menggunakan songkok untuk mendapatkan keyakinan umat Islam di sini, juga pengunjung dari negara Brunei.

  4. Apa pun yang berlaku, saya amat berharap pihak berwajib di mana - mana negeri mesti menyelia dan tindakan penguatkuasaan perlu dijalankan dengan lebih ketat. Ini penting untuk memastikan perkara HALAL dan HARAM jelas dan menjadi isi daging umat Islam.

  5. Jangan sekadar untuk meraih keuntungan semata - mata, tetapi sumbernya tetap HARAM!

No comments:

Post a Comment