Mengucapkan Tahniah & Mendoakan Kesejahteraan
1. Sunat bersegera mengucapkan tahniah kpd saudaranya @ sahabat-handainya yang menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim. Selepas itu, mendoakan kesejahteraan kpd saudaranya & anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya.
“Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya”
Disahut dengan
“Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau.”
Azan & Iqamah
Azan & Iqamah
2. Disunatkan azan dan Iqamah . Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memperolehi cahaya mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan”
Hikmah ; usaha untuk memohon perlindungan drpd gangguan syaitan. Ini juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, agamaNya & beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terku tuk dan dilaknati oleh Allah.
Tahnik @ Membelah Mulut

3. Melakukan Tahnik atau membelah mulut. Meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk & dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan- perlahan digerakkan jari itu ke kanan & kiri mulut bayi sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan & tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Alternatif gula @ manisan lain. Lebih afdhal, tamar itu dikuyah oleh orang alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya.
Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya:
“Telah dikurniakan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda men yerahkan kembali anak itu kepadaku”
Hikmah = menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.
Mencukur Rambut
4. Mencukur rambut *Hari Ke-7 Rambut ditimbang seberat emas, perak @ kadar wang disedekahkan pd fakir miskin.
Hikmah kesihatan, menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghi langkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) & memberikan daya kekuatan / ketajaman pd pengli hatan mata, bau dan pendengaran. mengalakkan umatnya bersedekah , menunjukkan kesyukuran kpd Allah di atas kurniaan- Nya.
Dilarang melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Menunj ukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan men inggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.
5. Berkhatan Memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki @ memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai,memotong kuku dan mencabut bulu ketiak”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,
a) Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
b) Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis

Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa”
Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak- kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan.
Ini bersesuaian dengan

hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”. (Riwayat Al-Baihaqi).
6. Manamakan anak
Memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan I slam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.
Rujukan : Panduan Menyambut Kelahiran Bayi Oleh Ja’far Al- Mathari Bin Abdul Rahman Jasmin Enterprise

No comments:
Post a Comment