- Industri sawit di seluruh pelusuk negara secara sedar atau tidak telah membangunkan masyarakat, kawasan sekitar dan juga negara secara umumnya. Saya akan menerangkan secara ringkas bagaimana kaitan industri kepada masyarakat sekitar.
- Kita ambil contoh sebuah kawasan pendalaman sejauh 120 km dari Bandaraya Miri. Tiada kemudahan asas seperti elektrik, air, telefon dan juga jalanraya yang sempurna. Sekolah yang ada jauh ketinggalan berbanding banyak sekolah di tempat lain. Sumber ekonomi utama penduduk adalah pertanian seperti memburu, menangkap ikan, bercucuk tani sara diri dan juga hasil hutan. Kawasan hutan yang telah diteroka secara halal dan haram saban hari semakin menyempitkan ruang lingkup sumber ekonomi penduduk asal. Sumber balak yang telah diambil secara tidak langsung akan menjejas sumber penduduk asal.
- Kawasan tersebut dimajukan untuk penanaman sawit. Sama ada bekas kawasan balak atau pun kawasan baru, bergantung kepada kawasan sekitar. Kawasan tersebut boleh dimajukan oleh banyak pihak seperti penduduk asal, kerajaan atau syarikat swasta. Namun, kesan positif daripada aktiviti tersebut tetap akan dirasai oleh masyarakat sekitar.
- Jika sekarang hasil hutan semakin berkurang, sawit mungkin boleh menjadi sumber alternatif kepada kemelut kemiskinan masyarakat di kawasan tersebut. Bagi menyokong industri sawit di kawasan tersebut, sudah tentu kemudahan seperti jalan dan kilang perlu ada. Jika tidak, kos yang tinggi perlu untuk mengangkut FFB ke kilang yang jauh. Kilang tidak dapat dibina oleh penduduk kampung, ia cuma boleh dibina oleh syarikat kerajaan atau syarikat swasta (modal yan besar diperlukan).
- Sebuah kilang hanya dapat dibina jika kawasan melebihi 10,000 Ha dan mempunyai cukup FFB sepanjang tahun. Jika tidak, kilang tersebut terpaksa menutup operasi. Jarak, jalan, kawasan yang sesuai untuk mengangkut CPO / PK perlu ada supaya operasi menguntungkan.
- Apabila kilang telah beroperasi, penduduk kampung boleh menjual hasil sawit di kawasan yang lebih dekat. Kos lebih rendah. Harga ditentukan oleh pasaran semasa dan harga sawit bulanan MPOB selepas diambil kira kos operasi, cukai kerajaan negeri, cukai MPOB, cukai KASTAM dan sebagainya. Kualiti FFB yang baik akan dibayar dengan harga yang tinggi dan sebaliknya.
- Ladang dan kilang yang dibina di sebuah kawasan pendalaman memerlukan pekerja. Lepasan PMR, SPM, Diploma dan Ijazah boleh memohon untuk bekerja di kampung mereka. Tidak perlua merantau jauh untuk mendapatkan kerja. Gaji, kemudahan dan peluang lebih cerah menanti penduduk kampung berbanding di bandar. Kemudahan seperti rumah dan kemudahan asas lain (air dan elektrik) percuma disediakan. Jika anda rajin berusaha belajar, anda pasti maju di kampung sendiri berbanding rakan - rakan di bandar.
- Kemudahan seperti jalan perhubungan sudah pasti akan dibina supaya operasi sawit dapat dilakukan dengan lancar. Penduduk setempat dapat menggunakan kemudahan tersebut untuk berhubung dengan kawasan sekitar.
- Pertambahan jumlah pekerja dan keluarga masyarakat ladang untuk pasti perlu disokong oleh sektor lain seperti sumber ikan, barang keperluan rumah dan sebagainya. Penduduk setempat yang bercucuk tanam, menangkap hasil air dan hutan dsb boleh memasarkan hasil mereka terus kepada pekerja ladang dengan harga lebih tinggi. Tidak lagi perlu membawa ke bandar yang jauh dengan kos yang tinggi. Penduduk juga memceburi perniagaan kecilan seperti membuka kedai makan serta resotoran. Ramai pengunjung daripada pekerja ladang.
- Operasi ladang sawit dan kilang memerlukan kontraktor untuk banyak operasi. Penduduk tempatan boleh membuka syarikat dan mengambil peluang perniagaan di syarikat tersebut. Semua kontraktor perlu sentiasa memajukan syarikat supaya dapat bersaing dengan syarikat - syarikat lain. Perkhidmatan yang terbaik hendaklah diberikan supaya rekod yang baik dikekalkan.
- Bagi penduduk berkelulusan SPM, anda memohon untuk berkerja. Dengan usaha yang bersungguh - sungguh, boleh maju menjadi staf, penolong pengurus mahupun pengurus. Latihan untuk melatih menjadi seorang staf industri sawit sentiasa dijalankan oleh MPOB dan banyak tempat latihan semua tempat. Selepas mendapat pengalaman, perkerja terbut boleh memohon untuk mendapatkan lesen di dalam bidang tertentu seperti Chargeman, Boilerman atau penyelia.
- Jika dahulu, banyak sekolah tidak mendapat peruntukan yang besar kerana jumlah pelajar yang kecil, tidak lagi mempunyai masalah kerana jumlah pelajar akan bertambah. (pekerja dan staf ladang sawit mempunyai anak bersekolah). Peruntukan bergantung kepada jumlah pelajar. Kemudahan sekolah akan ditambah dari masa ke semasa.
- Pengangguran menjadi masalah besar negara di dunia. Jika remaja lepasan sekolah dapat memohon bekerja di ladang atau kilang, masalah pengangguran akan dapat diatasi. Masalah jenayah yang berkait rapat dgn pengangguran akan dapat dikurangkan.
- Remaja tersebut boleh menyara diri - sendiri dan menbantu keluarga dengan pendapatan yang diperolehi. Selain mendapat pengalaman dan pengentahuan yang berguna, mereka akan diajar untuk terus memajukan diri dan keluarga. Pengentahuan mengenai keselamatan (kaedah memadam kebakaran), kesihatan (CPR,Pertologan cemas dsb), GAP, GMP, ISO9001, sifat kepimpinan, pengurusan dsb boleh diterapkan di kalangan masyarakat dan digunakan di kampung.
- Jika sebuah kilang menjual 20,000 mt CPO (PK belum diambil kirai) setahun dengan harga purata RM2500, x 5% sales tax, kerajaan negeri memperolehi RM10,000,000 atau RM10 juta. Selain itu, negara juga mengenakan RM15/mt CPO yang dihasilkan. Itu daripada sebuah kilang, jika lebih 50 kilang di semua negeri. Dengan kata lain, industri sawit menjadi sumber pendapatan negeri yang amat besar. Pendapatan tersebut akan diuruskan oleh pemimpin yang amanah untuk membina jalan raya di kampung tersebut, membina sekolah, membina kemudahan air, elektrik, membiayai anak - anak bersekolah dan sebagainya.
- Mungkin saya tidak dapat senaraikan semua perkara, namun saya amat berharap pembaca yang saya hormati untuk memahami lebih lanjut sumbangan dan peranan industri sawit kepada masyarakat sekitar secara tidak langsung dan langsung kepada negeri dan negara.
- Industri amat memerlukan sokongan daripada semua pihak terutama masyrakat sekitar demi memajukan negara serta bangsa!. Di luar negara, industri kita diserang oleh negara pengeluar soya dan lain - lain. Jika kita sendiri yang tidak menyokong industri, adakah kita hendak harapkan negara luar akan membantu kita? ......fikirkan sendiri.
Sunday 17 May 2009
Industri Sawit dan Masyarakat Sekitar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment