Thursday 21 May 2009

Sambutan Hari Guru 2009

Sek Keb Sg. Bong telah menganjurkan Sambutan Hari Guru pada 21hb. Mei 2009. Saya telah dijemput untuk merasmikan majlis tersebut. Disebabkan ini adalah jemputan yang ke-2 (Selepas SK Long Lapok) menjemput saya untuk merasmikan majlis sekolah, saya dengan rela hari 'mesti' memenuhi' jemputan tersebut. Sebagai seorang bekas pelajar yang juga lahir daripada didikan ramai guru, tidak manis jika saya tidak menghadirkan diri ke majlis tersebut. Tahniah diucapkan kepada 12 orang guru SK Sg. Bong kerana berjaya menganjurkan majlis yang penuh gilang - gemilang itu. Jasamu tetap dikenang ! Selamat Hari Guru.
SK Sg. Bong
SK Sg. Bong - Bangunan
Jambatan yang runtuh. Menggunakan sampan untuk menyeberang
Merasmikan majlis dengan rendah diri dan membacakan sajak 'guru oh guru', tujukan khas untuk para pendidik
Upacara memotong kek oleh para guru sempena sambutan hari guru
Persembahan lakonan oleh pelajar
Persembahan nyayian dan tarian oleh pelajar
Tetamu - Ibubapa dan Tuai-Tuai Rumah
Tetamu - Tuai - Tuai Rumah dan Wakil Kilang
Guru memerangkap urusetia yang mengendalikan sound system dan latar
Para pelajar, harapan bangsa dan bakal pemimpin / pewaris negara
Guru baru yang spoting..menyumbangkan lagu, memeriahkan majlis
Persembahan nyayian oleh guru dan YDP PIBG

No comments:

Post a Comment