Saturday 2 May 2009

Corporate Social Responsibility (CSR)


Nun jauh 120 km dari Bandaraya Miri, SK Long Lapok menganjurkan Hari Terbuka PIBG pada 1hb. Mei 2009.Bagi menjayakan kutipan derma dan aktiviti yang dijalankan bagi memajukan PIBG serta anak bangsa..sumbangan daripada badan swasta seperti Boustead Pelita Tinjar Sdn. Bhd - Kilang Sawit Loagan Bunut diperlukan. Dengan rendah hati dan sumbangan tidak seberapa, saya selaku Pengurus telah menyumbang medal dan hamper untuk tujuan yang disebut. Pihak sekolah amat gembira dengan sumbangan tersebut dan dengan bangganya telah menamakan Pertadingan Bola Sepak dan Sepak Takraw Boustead Pelita Tinjar.
Satu perkara yang amat mengejutkan..bagi saya sumbangan itu tidak lah seberapa..namun respon dari pihak terbabit amat menyentuh hati saya. Tambahan lagi..saya telah dijemput untuk merasmikan aktiviti tersebut!


Apa pun...kita di dalam industri sawit sememangnya komited di dalam aktiviti sebegini demi memajukan negara! Go Kilang Sawit Loagan Bunut!

No comments:

Post a Comment