Suatu hari saya melawat seorang rakan yang mempunyai masalah jantung. Berumur 50an dan telah dinasihatkan dua hospital untuk melakukan rawatan stem.
Sebelum ziarah, saya sebenar tidak tahu apa - apa hal tentang stem. Jadi saya buat sedikit carian di internet dan sedikit sebanyak dapat maklumat tentang rawatan tersebut.
Sampai ke rumah rakan tersebut saya memulakan bicara dan mendapat maklumbalas bahawa beliau risau banyak perkara.
Risau anak - anak yang nasih kecil
Risau ada keluarga yang masih perlukan sokongan
Risau jika apa - apa yang berlaku kepada beliau
Lebih lagi rawatan itu melibatkan jantung.
Baik. Saya berikan pandangan. Kata saya kepadanya, dalam dunia moden sekarang, rawatan jantung sebenarnya sudah menjadi kebiasaan. Selepas rawatan, ramai pesakit hidup bertahun lamanya. Contoh paling mudah adalah Tun M.
Kata saya lagi, kita sebenarnya bukan doktor, jadi kita perlu ikut kata doktor sebab mereka adalah pakar dalam bidang tersebut. Jika kita ragu - ragu, kita cari lagi doktor lain. Dan dia telah lakukan perkara itu.
Akhirnya saya kata, apa - apa yang berlaku serah kepada Allah. Kita hanya mampu berusaha.
Beberapa bulan berlalu, akhirnya dia kembali berkerja setelah melakukan 3 stem di saluran jantungnya. Saya bertanya, bagaimana keadaan kesihatannya sekarang?
Dia menjawab, lebih baik dari sebelumnya. Alhamdulillah. Dan dia banyak berubah diet pemakanan serta melakukan banyak senaman fizikal.
....dan saya anggap itu sedikit amal kepadanya...memberi nasihat bermanfaat. Terima kasih kerana mendengar nasihat saya.
No comments:
Post a Comment