Showing posts with label msiea. Show all posts
Showing posts with label msiea. Show all posts

Friday, 31 October 2025

Apa tu ASWP dan MAWP? Kenapa DOSH beri ASWP lebih rendah dari MAWP?

Jom Dukun Boiler kupas sedikit. ASWP nama panjangnya adalah Authorised Safe Working Pressure manakala MAWP nama panjangnya adalah Maximum Allowable Working Pressure. 

Ada mazhab mengatakan ASWP diberi lebih rendah dari MAWP disebabkan boiler itu dibuat dari negara China atau ada juga mazhab kata boiler tu tak follow code lah dan ada juga mazhab cakap DOSH takkan bagi sama sbb mana boleh dpt 100% So kene rendahkanlah sedikit. 

Meh Dukun Boiler beri pencerahan. Sebelum tu kita kene tahu asal usul pengiraan sesebuah boiler. Bila nak buat boiler, owner akan bagitau berapa Operating Pressure yang diperlukan kepada Engineering Consultant Firm, maka pihak engineering consultancy akan buat pengiraan dengan mengambil kira faktor Pressure drop across piping dan maka keluarlah nilai yang dipanggil Working Pressure. 

Nilai Working Pressure ni akan diberikan kepada pihak manufacturer atau OEM untuk design berapa minimum Pressure yang diperlukan untuk merekabentuk sesebuah boiler. Dari pada calculation yang dibuat menggunakan formula dalam gambar, maka setiap komponen akan dpt Thickness minima (Tmin) dan dari Tmin tu ia perlu di compare dengan ketebalan plate yang ada dlm market. Contoh Tmin adalah 17mm tetapi dalam market hanya ada plate ½" dan ¾". ½" bersamaan 12.5mm manakala ¾" adalah 19mm. Maka plate 19mm dipilih dan jika dibuat reverse calculation kita akan dapati "new pressure" akan lebih tinggi dari Design Pressure. "New Pressure" inilah dipanggil MAWP.

Memandangkan pada peringkat awal calculation, semua Tmin dikira berdasarkan Design Pressure so pihak DOSH tetap akan lulus tekanan kerja selamat (ASWP) untuk boiler itu hanya pada Design Pressure bukannya pada MAWP. so lebihan ketebalan itu bolehlah di kategorikan sebagai corrosion allowance.

Harap semua sahabat jelas dengan penjelasan ini. Dan kita sama2 sayang boiler kita

#LOVEBOILER

DUKUN BOILER 
31/10/2025

Gambar kenangan dikongsi oleh Tuan Perumal sempena hari lahir Tn Hj Ir Ts Dr Azmer Shamsuddin hari ini.

Saturday, 11 October 2025

Dukun Boiler — Api Semangat yang Tak Pernah Padam


Aku masih ingat, sekitar tahun 2007 kalau tak silap.
Ketika itu, kami sekumpulan jurutera muda di FGV Sabah sedang bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan Steam Engineer di Kota Kinabalu.

Dalam ramai-ramai, ada seorang insan yang sangat berbeza — orangnya tenang, tapi bila bercakap pasal boiler, semangatnya menyala macam api dalam relau.
Kami panggil dia “Dukun Boiler.”

Setiap malam, kami akan berkumpul di biliknya — buat study group kecil sambil meneliti buku-buku teknikal yang dia muat turun dari 4Shared.com, satu sumber ilmu yang waktu itu jadi “perpustakaan digital” kami semua.

Kalau lapar, kami turun ke kedai mamak sebelah Megah D’Aru, berhadapan Wisma Perkeso KK. Di situ, sambil hirup teh tarik, kami ulangkaji formula, kira tekanan stim, dan kongsi nota.
Tak sangka, rupanya perjumpaan itu jadi titik mula satu perjalanan panjang yang mengubah arah hidup aku.

Senior MRSM KT dan Semangat yang Tak Pernah Luntur

Borak punya borak, baru aku tahu — si Dukun ni senior aku di MRSM Kuala Terengganu. Dunia kecil rupanya. Tapi yang besar, ialah jiwanya.
Dia bukan sekadar pelajar pandai, tapi inspirator yang menyebarkan semangat belajar dan berjuang.

Belum pun keputusan Steam Engineer keluar, dia dah mencetuskan idea baru:

> “Eh, kita ambik pulak Internal Combustion Engine Engineer Grade 2. Sementara tunggu cooling period untuk Gred 1.”

Cadangan itu nampak gila waktu tu — baru habis satu peperiksaan, nak teruskan dengan satu lagi. Tapi begitulah Dukun. Bila dia bercakap, ada semangat yang sukar nak tolak.

Langkah Demi Langkah – Dari Stim ke Enjin

Balik ke kilang, aku terus hantar permohonan untuk exam ICE Gred 2.
Dan begitulah perjalanan kami — berlari dari satu peperiksaan ke satu lagi.

Kali terakhir kami bersua ialah masa exam Steam Engineer Gred 1.
Lepas itu, jalan kami berpisah. Aku berpindah ke Miri, Sarawak.
Tapi nasihat dan saranan dia tetap aku genggam erat.

Dengan semangat yang dia tanam dulu, aku teruskan perjuangan —
dan akhirnya lulus ICE Gred 1 pada tahun 2011.

Perjalanan Ilmu Tak Pernah Berhenti

Bila siri peperiksaan jurutera stim selesai, aku terasa kekosongan.
Macam ada ruang yang masih perlu diisi.

Lalu aku teruskan langkah — join ISP (Incorporated Society of Planters), ambil LISP Level 1 & 2, dan kemudian sambung MBA di OUM.

Waktu pandemik Covid-19 tahun 2019, aku tekad daftar PhD di KUIS (kini Universiti Islam Selangor).
Namun, takdir membawa aku ke Lahad Datu untuk projek baru — dan pengajian itu terhenti seketika.
Tapi semangatnya belum padam.

Terhutang Budi Pada Seorang Dukun

Kadang-kadang dalam hidup, kita tak sedar siapa yang jadi penyuluh jalan.
Bukan dengan kata-kata manis, tapi dengan semangat dan teladan.

Bagi aku, insan itu ialah Dukun Boiler.
Dia bukan sekadar rakan belajar — tapi pemangkin perjalanan hidup.

Kerana dia, aku belajar bahawa:

> Ilmu bukan untuk lulus peperiksaan, tapi untuk menyalakan semangat belajar sepanjang hayat.

Hari ini, bila aku menoleh ke belakang, aku sedar —
setiap malam di kedai mamak, setiap buku yang kami baca, setiap exam yang kami ambil,
semuanya membentuk siapa aku hari ini.

Dan kalau ada satu perkara yang aku mahu orang muda faham,
ialah kejayaan bukan milik orang bijak, tapi milik mereka yang tak berhenti mencuba.

“Dukun Boiler” bukan sekadar nama.

Ia adalah simbol —
bahawa di balik asap dan tekanan stim,
ada insan yang menyalakan api ilmu,
dan semangat itu, tak pernah padam.

#dukunboiler #msiea #steamengineer #boiler #sawit #mrsm #usm #ukm #sabah #malaysia

Pesanan Dukun Boiler kepada Steam Engineer

Route from *Steam Boiler Engineer* to *Steam Boiler Specialist*

Jangan berhenti belajar atau kuasai sesuatu bidang atau sub bidang engineering walau anda sudah bergelar atau telah memperolehi kompetensi Jurutera Stim Boiler atau Steam Boiler Engineer dari DOSH.

Ia bukan satu ultimate kejayaan tetapi ia permulaan kepada career anda sebagai seorang Steam Boiler Specialist suatu hari nanti.

Macam mana ye?

Walau saya belum lagi berjaya jadi Steam Boiler Specialist walau kini hanya memegang title Dukun Boiler je namun ayuh kita bersama merealisasikan target 100 orang Steam Boiler Specialist menjelang 2035.

Antara skop engineering knowledge yg perlu diperkemaskan oleh Steam engineer adalah

1. Material
- ASME Sec 2
- damage Mechanism API 571

2. Boiler design
- ASME sec 1
- EN or BS code
- ASME sec 7
- ASME SEC 8
- EN 12952
- DIN 2391

3. Boiler Fabrication
- ASME Sec IX
- PCC 1 & PCC2
- API 577
- ASME SEC 5
- ISO 9712
- ISO 3452-1
- ASME B31.1
- ASME B16.5


4. Boiler commissioning
- VGB 513
 
5. Pressure safety valve
- API 520
- API 521
- API 576

6.  Combustion & BMS
- IEC 61511
- IEC 60730-2-5: . 
- EN 230, 
- EN 298, 
- EN 746, 
- EN 50156, 
- EN 12952-8:
- ISO 13577-2:
- NFPA 85:
- API 556: 

7. Refractory
- API 936
- API 982

8. Painting, coating, Insulation
- NACE
- CINI

9. Fit For Service 
- API 579 

10. Water treatment
- NALCO handbook
- KURITA handbook

Jom kita belajar dan terus belajar 😁

#dukunboiler #steamengineer #msiea