Saturday, 13 February 2010

Esok Kerja

  1. Suatu ketika semasa masih bergelar 'cadet engineer'.
  2. Aku pulang dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu setelah beberapa hari bercuti.
  3. Menaiki bas malam selama 8 jam dan sampai 8 pagi di Bandar Lahad Datu.
  4. Van @ bas mini ke ladang bertolak pukul 1200 tgh setiap hari ke ladang dari bandar. Hanya satu bas yang ada.
  5. Nasibku kurang baik. Bas itu tidak dapat aku ikuti. Penuh atau ditinggalkan ..
  6. Pilihan yang ada adalah teksi serta kereta wagon.
  7. Kos wagon lebih tinggi. Setelah berunding serta ke hulu ke hilir mencari kenderaan, aku berjaya mendapatkan seorang pemandu yang sanggup untuk menghantar serta merisikokan keretanya untuk rosak.
  8. Namun, daripada tambang RM15, aku perlu membayar sebanyak RM80. Apa pilihan yang aku ada? Esokkan kerja. RM80 bukanlah suatu yang kecil bagi seorang bergelar 'cadet'.
  9. Sepanjang perjalanan 5 jam, pemandu tersebut banyak berborak. Aku pun tidak tahu apa yang dibicarakan kerana tertidur keletihan sepanjang perjalanan.
  10. Kami sampai di hadapan Perumahan Exsekutif pada pukul 8 malam, dengan badan penuh habuk serta debu. Kereta tersebut tiada pendingin udara. Tingkat dibuka sepanjang jalan 'gravel'.
  11. Semasa hendak membayar tambang, aku menyerahkan note RM100 kepada pemandu tersebut. Disebabkan lewat malam, serta kesanggupannya untuk menghantar aku, duit baki aku berikan pada beliau.
  12. 0645 pagi keesokkannya, aku berdiri mengikuti perhimpunan pagi kilang.
  13. Selepas tamat, Penolong Pengurus, Edmund Norbert, bertanyakan perihal kepulanganku semalam kerana ternampak kereta teksi.
  14. Katanya, itulah kali pertama sejak bekerja 3 tahun, beliau nampak kereta teksi memasuki kawasan perumahan kilang, suatu perkara yang luarbiasa.
  15. Aku menceritakan pengalaman perjalanan pulang yang amat menarik.
  16. Dia berkata :' kenapa tidak telefon Pengurus? saya rasa, dia tentu benarkan untuk pulang keesokkannya. Kenapa tidak minta tolong supplier untuk tolong hantar?' serta beberapa pilihan yang ada.
  17. Namun, aku pada masa itu seorang 'cadet' tidak sanggup untuk menggunakan pilihan tersebut. Tidak sanggup kerana memikirkan risiko lain yang bakal timbul.
  18. Aku menjelaskan. Cuti saya sudah habis. Hari ini saya perlu bekerja. Jadi tanggungjawab saya untuk melaksanakannya. Selagi ada pilihan, saya akan pilihnya.
  19. Saya tidak akan meminta dengan Pengurus, kerana saya rasa ini masalah peribadi saya. Bukan masalah syarikat dan saya tidak akan meminta dengan supplier kerana tidak mahu menyusahkan mereka.
  20. Cerita ini aku tidak pernah kongsi dengan sesiapa. Sehingga baru - baru ini aku teringatkannya kembali. Teringat kerana, aku sedar, aku sememangnya komited dalam setiap kerja serta tugas yang perlu aku laksanakan. Aku dibayar untuk itu.
  21. dan aku tidak akan sesekali cuba untuk bertolak ansur serta menawar untuk menambah cuti... kerana esok aku kerja!

No comments:

Post a Comment