Thursday, 11 February 2010

Determination @ Kesungguhan

  1. "Motivation Power".
  2. Aku mereka perkataan itu sejak di bangku sekolah MRSM KT, 14 tahun yang lalu.
  3. Semasa bertemu guru bahasa Inggeris (Ms Khairiah) di koperasi, beliau secara mudah bertanya pada aku: "Apa kamu mahu jadi suatu masa nanti ?"
  4. Aku terus menjawab : "Saya ingin menjadi seorang jurutera". Aku menjawab sambil berfikir, markah fizik aku bukanlah cemerlang sangat .. SPM dapat C4, pencapaian sederhana pelajar MRSM. Aku pun tidak tahu, apa itu jurutera..mungkin sebab itulah kerjaya paling glamour dipilih oleh pelajar semasa hari kerjaya.
  5. Beliau terus menambah : "Jadilah seorang Jurutera yang beriman". Aku diam sambil merenung jauh maksud serta tambahan ayat beliau.

......

  1. Apabila diterima memasuki Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik di Kampus Kejuruteraan Seri Iskandar, hatiku sangat membara.
  2. Membara kerana, gagal semasa Matrikulai Express (satu tahun) dan kembali dengan menerima tawaran untuk ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan.
  3. Sepanjang 3 tahun dan 6 bulan (tambahan satu semester), aku bukanlah pelajar yang cemerlang di pusat pegajian ini.
  4. Bukan cemerlang dengan alasan kursus ini sangat mencabar serta antara kursus kejuruteraan yang paling susah.
  5. Tapi aku akui, aku tidak cemerlang kerana tidak memahami kehendak serta cara untuk cemerlang di universiti. Namun, dari segi ko kurikulum, aku sangat aktif. Aktif dengan PALAPES serta beberapa persatuan yang aku minati. Kegiatan itu amat bermakna setelah menceburi bidang pekerjaan.
  6. Sejak keluar dari Universiti, aku terus menumpukan perhatian untuk mencari pekerjaan di sektor swasta (aku tidak pernah membayangkan bekerja di sektor kerajaan - sangat skaptikal dengan kerajaan serta masa depan untuk maju dalam kerjaya). Bekerja di kilang besi, kilang cd, jadi sales engineer serta mendapat beberapa kali kemalangan.
  7. Akhirnya, aku menceburi industri sawit pada 16hb. March 2004, sehari sebelum hari lahir aku serta beberapa hari sebelum pilihanraya 22hb march 2004. (aku tidak dapat mengundi kerana baru menjejaki kaki ke bumi Sabah).
  8. Rezekiku telah tertulis dalam bidang ini. Sejak itu, hingga kini, aku menajadi seorang pengurus serta jurutera di sebuah kilang sawit di Sabah serta kini di Sarawak.
  9. Keinginan serta iltizam aku untuk menjadi seorang jurutera yang beriman, terus membara hingga kini. Kata - kata guruku itu masih segar di kepala otak aku. Bukan senang untuk terus kekal dalam bidang ini. Ramai kawan separuh jalan, serta menukar industri setelah beberapa tahun membuang masa di tempat terpencil di hulu serta di dalam hutan.
  10. Tekadku untuk terus berjuang sebagai seorang jurutera, bukan kerana jawatan itu, tetapi kerana agama serta bangsaku. Jika sudah menjadi pelajar kejuruteraan, kemudian menjadi guru, siapa yang akan meramaikan jurutera beriman di bumi Malaysia ini?
  11. Kini, aku terus berazam untuk maju setapak lagi. Projek aku yang paling bermakna tahun ini adalah Professional Engineer.
  12. Prosesnya bukanlah senang, namun, seperti yang aku telah redahi serta harungi selama ini, aku yakin berkat kesabaran, kesungguhan serta 'determination' aka 'motivation power' aku akan berjaya dengan izin Allah.

tiadalah kejayaan itu manis rasanya, jika tidak diisi dengan pengorbanan, kesungguhan serta usaha keras selama - lamanya sehingga cita -cita itu menjadi realiti.

wassalam.

No comments:

Post a Comment