Saturday, 13 February 2010

Tabiat Baru


  1. Sejak beberapa bulan yang lepas, aku menyedari telah mengubah beberapa rutin harianku.
  2. Aku tidur awal.
  3. Aku terjaga seawal jam 3 pagi.
  4. Cuba tidur semula, namun tidak dapat lelap.
  5. Aku mula mencapai komputer dan meneruskan usaha penyediaan dokumen untuk Professional Assessment Examination, serta beberapa aktiviti berfaedah lain.
  6. Sungguh indah waktu dan saat ini.
  7. Waktu satu pertiga malam.
  8. Waktu yang digalakkan untuk 'berdiri malam'.
  9. Waktu kita selaku insan serta hamba untuk bermunajat padaNya.
  10. Waktu di mana saja kita berada, akan terasa aman.
  11. Hatta di ibukota, kita berpeluang untuk menikmati kesunyian serta boleh mendekatikan diri pada Allah.
  12. Tidak perlu kita merantau jauh serta mencari gua untuk bertapa.
  13. Cukuplah Allah melingkari diri serta sekeliling kita dengan memusing bumi ini serta melindungi langit ini daripada matahari.
  14. Menjadi satu ruang yang kondusif untuk setiap hambaNya menadah tangan serta memohon untuk terus kuat keesokkan harinya.
  15. Indahnya hidup kita bila bertunjangkan agama serta menghayati tiap suruhan serta laranganNya.

No comments:

Post a Comment