- Aku tidak akan ulas dari sudut politik, tapi sudut selain darinya.
- Dari sudut kejuruteraan, aku tidak percaya kerosakan ini tidak mampu dibaiki oleh pakar serta jurutera Malaysia. Semasa sesuatu aset strategik pertahanan negara dibeli, pihak yang berwajib sudah tentu mempunyai perancangan berkenaan risiko ini.
- Dari sudut ketenteraan, angkatan tentera sudah pasti mempunyai prosedur untuk mengendali, mencuci serta membaikpulih jika berlaku sebarang masalah. Alat ini akan digunakan untuk perperangan, kalau kerosakan kecil berlaku di medan perang, adakah kita perlu memanggil pembekal dari luar negara, baru boleh meneruskan perjuangan?
- Sebarang peralatan yang digunakan oleh tentera mempunyai prosedur serta manual yang sangat jelas. Sebarang peralatan tidak akan digunakan selagi keselamatannya diragui boleh membahayakan jiwa tentera. Nisbah keselamatan 3:1 selalu digunakan oleh tentera.
- Aku tidak mengerti sangat mengenai teknologi kapal selam, namun aku tahu, negara kita masih baru dengan bidang ini. Negara jiran sudah mempunyai kapal selam sejak 20 tahun yang lalu.
- Dari sudut sosial, kejadian kerosakkan ini amat memalukan. Selepas kehilangan enjin jet, sekarang berlaku pula kerosakkan pada peralatan baru dibeli. Sekali lagi negara tercinta kita menjadi bahan lawak dunia.
- Dari sudut integriti, adakah benar negara kita sudah menuju ke arah keparahan masalah rasuah? kita selalu menuding pada negara jiran bila bercakap mengenai isu rasuah, namun sebenarnya sedar atau tidak, kita bergerak ke belakang tak kala negara jiran jauh meningggalkan kita.
- Dari sudut pendidikan, perkara boleh dijadikan tauladan, jangan dibiarkan perkara yang sama terjadi lagi. Kerosakan itu juga patut dijadikan kajian untuk sistem kapal tersebut. Gunakan kepakaran negara diganding dengan kepakaran pembuat senjata tersebut dan dijadikan ilmu untuk diajar pada anak bangsa.
- Setiap perkara yang berlaku punya hikmah di sebaliknya. Pemimpin yang bijaksana sudah tentu punyai perancangan untuk menangganinya. Rakyat yang bijak di zaman sekarang sudah pasti akan mengingati sejarah hitam negara ini untuk dikenang selama - lamanya.
- Jangan kita memasuki lubang serta jatuh untuk kali yang kedua...
Monday, 15 February 2010
Kapal Selamku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment