- Avatar, filem CGI keluaran holywood.
- Saya tertarik dengan perjalanan cerita serta mesej filem tersebut. Tolak aksi lucah serta adegan membaca mentera, saya rasa bahagian lain ada mesej positif.
- Kebanyakkan filem makhluk asing, manusia menjadi mangsa. Namun, dalam filem ini manusia menjadi kuasa besar serta makhluk asing menjadi mangsa.
- Apabila kuasa ada ditangan.
- Manusisa secara fitrah akan lebih cenderung untuk mengikut hawa nafsu bila berkuasa. Lihat kuasa besar Amerikan Syarikat. Sanggup membunuh kanak - kanak di Irag, Afganistan dan merata tempat dunia atas apa jua alasan. Disebabkan tiada kuasa lain boleh melawan, mereka melakukan apa sahaja mengikut pendapat mereka tanpa memikirkan pandangan bangsa lain di bumi.
- Jika kita kaya, kita cenderung untuk sombong serta memperagakan kekayaan kita.
- Jika kita berpangkat, kita cenderung untuk melayan orang bawahan kita seperti hamba.
- Jika kita kuat, kita cenderung untuk menunjukkan kekuatan kita untuk bergaduh, bersilat, berparang dan sebagainya.
- Jika kita punyai ilmu, kita cenderung untuk mengatakan kita tahu segala - galanya.
- Dalam cerita Avatar, makhluk asing di tempat asal mereka laksana orang asli di merata tempat di dunia. Mereka sangat kasih pada benda hidup, sangat cintakan alam sekitar serta berinteraksi dengan fauna serta flora secara simbiosis.
- Kehadiran manusia dengan kuasa teknologi yang canggih adalah untuk merampas sumber bumi yang berharga. Bermotifkan keuntungan serta material. Sumber berharga itu sebenarnya menjadi sumber tenaga setiap benda hidup di tempat tersebut.
- Saya amat suka dengan keindahan pokok besar yang menjadi tempat tinggal makhluk tersebut.
- Apabila kaedah diplomasi atau pengaruh psikologi gagal untuk mempengaruhi makhluk tersebut, cara kekerasan digunakan. Apa sahaja bentuk pembangunan ditawarkan, tidak berjaya menarik minat makhuluk yang amat cintakan alam sekitar.
- Pembangunan? pendidikan? kemudahan asas? semuanya gagal. Mereka lebih suka dengan kehidupan tradisional yang menjadi budaya turun - temurun.
- Kekerasan digunakan untuk memusnahkan tempat tinggal serta membunuh ramai makhluk yang ada di sana. Peristiwa itu membangkitkan semangat yang luar biasa.
- Mereka bangkit bersatu dan menentang kuasa besar manusia. Setiap kehidupan di sana dihubungi dan bersatu di bawah pemimpin yang juga manusia secara fizikal. Walaupun tidak yakin akan memenangi perperangan tersebut, namun disebabkan oleh pengaruh pimpinannya serta kesedaran semua makhluk, mereka berjaya mematahkan kuasa besar manusia dengan apa jua kaedah.
- Filem ini mengingatkan saya mengenai cara sesebuah ladang sawit di buka di kawasan pendalaman atau cara pembalakan dilakukan. Sudah pasti hidupan asal di sana akan melakukan perkara yang sama seperti cerita ini jika mereka diperlakukan sama seperti kisah filem ini.
- Filem ini mengajar erti cintakan flora fauna, semangat persaudaraan, semangat juang untuk mempertahankan diri serta keluarga dan banyak lagi masej positif.
- Lima bintang untuk AVATAR!
Thursday, 18 February 2010
Sudut Postif Filem AVATAR
Labels:
Artikel,
Estate,
Management,
Sustainability,
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment