Monday, 22 February 2010

Sungai Tinjar pada 12hb. Februari 2010

kawasan jeti balak


feri
Jeti dari Lapok ke Long Lama, Marudi & Kuala Baram
Feb 2008, rainfall adalah lebih 800 mm. Sehingga 19hb Feb 2010, rainfall dicatatkan 50 mm. Perbezaan beratus - ratus peratus! Semasa musim banjir, jeti boleh tenggalam. Tetapi semasa gambar ini diambil, ia turun lebih 20 kaki.

Pemanasan global telah mengubah cuaca di banyak tempat di dunia. Malaysia tidak terkecuali darinya. Kita berkuasa untuk mengubah cara hidup kita untuk mengurangkan kesan tersebut.
  • Jimatkan tenaga. Tutup bila tidak digunakan. Walaupun anda di pejabat, hotel atau di mana - mana. Disiplinkan diri bukan hanya di rumah.
  • Tanam pokok. Jgn tebang pokok. Tanam sayur untuk kegunaan sendiri di rumah.
  • Jimatkan air. Simpan air hujan daripada bumbung rumah. Gunakan untuk menyiram pokok bunga, cuci kereta serta perkara selain makanan dan minuman.
  • Gunakan basikal serta kenderaan mesra alam. Beli kenderaan ikut kegunaan bukan ikut hati anda. Kenderaan bersaiz kecil, guna tenaga kurang berbanding kereta besar. Buat apa anda beli bas jika anda guna bas seorang diri untuk ulang alik ke pejabat.. lain la kalau anda bawa satu perumahan ke sana.
  • Kitar semula semua perkara yang boleh dikitar. Sisa makanan boleh dijadikan baja.
  • Jangan amalkan pembakaran terbuka.
  • Kurangkan guna kertas. Gunakan kain yang boleh dikitar semua untuk ganti tisu kertas. Kitar semula kertas di pejabat. Gunakan kertas tersebut untuk memo dalaman. Kitar semula sampul surat.
  • Jangan membazir makanan. Banyakkan sedekah jika ada makanan lebih.
  • Jangan ajak orang berperang serta jangan beli senjata + bom. Simpan perasaan benci pada senjata.
  • Gunakan tenaga solar.
  • Gunakan sistem pengudaraan semulajadi di rumah. Pastikan rekabentuk rumah tidak menghalang pengaliran udara. Orang dulu buat rumah lebih cerdik berbanding kita sekarang. Buat rumah macam kotak mancis.
  • Bina loji pengumpul gas metana di kolam effluent kilang sawit.
  • Tiru cara menjana elektrik di kilang sawit yang menggunakan sepenuhnya bahan bakar daripada buah sawit.
  • Jangan pilih YB yang suka merosakkan alam sekitar. Aku benci YB yang bakar hutan, tebang hutan, gondol tanah, serta cakap tak serupa bikin.
  • Jangan merokok. Rokok haram di sisi agama tapi halal di sisi kerajaan. Kerajaan patut konsisten. Bukan separuh-2.
  • Jangan guna plastik serta ambil plastik daripada pasaraya. Bawa beg sendiri. Polisi 'no plastic everyday.. " patut diperluaskan. Jangan sesekali mengambil plastik jika barang yang dibeli kecil serta boleh dimasukkan dalam beg. Amalkan untuk membawa beg ke mana - mana anda pergi.

serta banyak lagi.. semuanya di tangan anda!

No comments:

Post a Comment