Saturday, 13 March 2010

Sterliser condensate; pelbagai jenis steriliser, losses dan kos

Artikel tidak akan membicarakan data secara tepat, tapi hanya pengalaman dan maklumat umum.

Terdapat 2 jenis steriliser akan dibincangkan iaitu :-
1. Conventional steriliser - Horizontal
2. Vertical steriliser

Saya mempunyai pengalaman mengendalikan horizontal sterilizer.
Pengalaman 1 : 100% recycle condensate.
Pengalaman 2 : 30 to 50 % recycle.
Pengalaman 3 : 5-10% recycle.

Pihak pengurusan boleh memutuskan untuk membuat pilihan di atas. Tetapi untuk Pengalaman 1, tiada pilihan boleh dibuat kerana bentuk design kilang.

Setiap antaranya ada kelebihan dan keburukan. Berikut adalah pandangan saya :-
  1. Jika kita recycle 100% condensate, kita memerlukan banyak mesin tambahan seperti jumlah separator yang banyak, desander dan kerja - kerja mencuci untuk semua tangki perlu dilakukan mengikut masa yang ditetapkan.
  2. Jika mesin seperti seperator tidak mencukupi, losses yang tinggi akan dihasilkan. Kenapa jumlah lebih banyak diperlukan? kerana ada memasukkan 60% air ke dalam sistem bilik minyak!
  3. Disamping itu, wear & tear juga akan lebih cepat kerana semua pasir disedut melalui paip, separator, screen dan pump.
  4. Ada perlukan screen yang berbeza saiz daripada crude oil kerana pasir halus dari condensate.
  5. Keburukan lebih banyak pada kualiti kerana banyak benda asing seperti pasir, sisa karat-besi dan kotoran lain akan merosakkan DOBI minyak anda! perkara ini akan lebih teruk semasa musim hujan dan buah tidak segar, FFA juga akan melonjak naik.
  6. Ada waktunya, anda akan mempunyai masalah untuk operasi VC. Minyak susah untuk separate. Ini disebabkan kuantiti NOS yang banyak di dalam VC dan retention time tidak mencukupi. Ini sudah tentu akan menjejaskan throughput kilang anda. Jika anda membuat penyelesaian dengan menambah air panas, sudah tentu akan menjadi beban tambahan pada separator. Buat apa menambah air ke dalam sistem bilik minyak jika selepas itu ada perlu mengasingkannya kembali?

Recycle 50% atau 5%

Ini adalah cara terbaik, kerana anda boleh mengawal kadar kemasukkan minyak yang perlu diproses. Anda juga boleh menentukan sama ada ingin recycle atau tidak.

  1. Disamping itu, kualiti minyak yang dihasilkan akan lebih terjamin.
  2. Anda tidak perlu mengguna seperator yang banyak.

Vertical steriliser

  1. Disebabkan rekabentuk vertical, anda tidak mempunyai banyak pilihan. Anda perlu recycle 100% condensate kerana banyak minyak dialirkan ke sana.
  2. Jika anda menggunakan sistem lama, sudah tentu jumlah separator yang adan tidak akan mencukupi untuk memproses 100% condensate + jumlah minyak yang banyak.
  3. Pada pandangan naif saya, anda perlu mempunyai condensate tank yang besar seperti VC. Jika ini tidak dilakukan, ada perlu mempunyai jumlah separator yang banyak.
  4. Kenapa condensate yang besar? supaya andan hanya recycle minyak, bukan keseluruhan benda tidak perlu seperti air, pasir halus, NOS dan sisa karat lain.
  5. Disamping itu, ada juga boleh mengawal kualiti dengan baik.

jika perkara ini tidak dilakukan, losses anda pada condensate akan kekal tinggi dan OER akan rendah.

No comments:

Post a Comment