Friday, 12 March 2010

Jurutera yang efektif

Suatu ketika, kilang mengalami masalah losses yang melebihi >3.00% di hyrocyclone selama hampir sebulan. Saya ingin menguji keberkesanan jurutera dan staff untuk menanggani masalah tersebut tanpa perlu saya untuk turun padang.

Masa telah diberi, nasihat dan tip - tip untuk menyelesaikan masalah tersebut juga telah dibagitau. Namun, setelah tempoh berkenaan, hasilnya amat mengecewakan. Berikut adalah perbualan seorang pengurus dan jurutera :-

Pengurus : Macam mana status masalah tersebut ?
Jurutera : Daripada data bulan lepas, keputusan menunjukkan turun naik. (sebenarnya dia tidak ambil perhatian untuk mengkaji serta membuat analisa mengenai data bulan yang lepas - perkataan lain - main tembak shj. Pengurus baru sahaja meneliti data tersebut. Keputusannya bukan turun naik, tapi sentiasa naik)

secara automatik, pengurus memberikan ceramah percuma kepada jurutera tersebut. Berikut adalah isi ceramah ringkas tersebut :-

Pengurus : Kamu ada check data bulan lepas?
Jurutera : Tidak.
Pengurus : Kamu tidak check data bulan lepas, tiada satu pun tandatangan yang saya nampak pada proses checksheet (daily). Kemudian kamu kata keputusan turun - naik?!!!
Jurutera : (Diam).
Pengurus : Adakah kamu sudah lupa arahan, nasihat dan memo yang saya keluarkan menyuruh kamu dan staff setiap pagi apabila datang kerja untuk memeriksa keputusan analisis lab/proses sebelum ke kilang? tandatangan dan tumpukan pada masalah yang timbul semalam untuk penambahbaikan / fine turning?
Jurutera : Ya. Ada Tuan. (Diam).
Pengurus : Jadi kenapa kamu tidak buat?
Jurutera : (Diam).
Pengurus : Ini masalah yang serius. Kamu tidak ada disiplin. Perkara ini amat penting, dan kamu tidak ambil peduli. Losses amat tinggi, kamu tidak periksa data proses harian, jadi macam mana cara paling efektif untuk kamu selesaikan masalah ini? Kamu ada cara yang lebih baik?
Jurutera : Tiada Tuan.

.....pengurus hilang idea untuk memberikan ayat seterusnya, kerana semua yang perlu diberitahu sudah diberikan. Dalam hatinya terdetik untuk mengeluarkan surat amaran disebabkan tindakan tidak efektif jurutera beliau.

Keesokkan pagi, Pengurus turun padang dan membuat pemeriksaan keseluruhan terhadap mesin tersebut. Hasil daripada siasatan dan perbincangan dengan penyelia, terdapat kerosakan pada alat kawalan isipadu pada stage satu dan dua. Arahan dikeluarkan untuk mengukur, order dan memasang peralatan tersebut secepat mungkin.

....ini adalah situasi biasa yang boleh ditemui di mana - mana kilang sawit di dalam negara. Jika jurutera itu kurang bernasib baik, dia akan dihalau keluar dari kilang kerana tidak memainkan peranan proaktif dalam menyelesaikan masalah. Ataupun, disuruh berhenti!

mungkin dunia sudah berubah. Tapi yang pasti, disiplin dan budaya positif dalam industri sawit tidak akan diubah oleh seorang jurutera / pengurus yang efektif, demi kesinambungan industri sawit negara.

...jangan risau, anda akan mengalami situasi ini jika anda seorang pengurus!

No comments:

Post a Comment