Thursday, 30 December 2021

Senang tak jadi JURUTERA?


  1. Alif bertanya, Ayah senang tak jadi jurutera?
  2. Seperti biasa, bila soalan begini diajukan kepada aku, ia menyebabkan aku berfikir panjang. Jawapan yang ada sudah tentunya bukan jawapan pendek, tetapi jawapan panjang. 
  3. Jenis over thinking. Kepala penuh uban berfikir.
  4. Baik, apakah jawapan aku?
  5. Jadi jurutera tidak senang. Ia amat susah.
  6. Nak pilih kursus kejuruteraan susah.
  7. Belajar kursus kejuruteraan di universiti susah. Lebih lagi kursus kejuruteraan mekanik.
  8. Selepas belajar, masuk kerja dengan tiada pengalaman pun susah. Lebih susah kalau nak cari kerja di sebelah rumah.
  9. Bekerja sebagai jurutera berhadapan dengan mesin dan jentera dalam kilang juga susah. Sangat susah bila mesin rosak. Kilang tak boleh beroperasi.
  10. Suasana kerja semasa nak baiki mesin juga susah. Bukan setakat susah, tapi 3D. Dangerous. Dirty. Difficult.
  11. Dah jadi jurutera, nak meneruskan kerjaya dalam syarikat pun susah. Sebab sebagai jurutera, kita akan bagaitau semua baik dan buruk bergantung kepada data. Jika tak boleh, kita cakap tak boleh. tiada antara dua. Jurutera tak pandai nak berpolitik dalam tempat kerja.
  12. Kesimpulannya, nak jadi jurutera susah, dah jadi jurutera pun tetap juga susah.
  13. Soalannya, adakah perkara dalam dunia ini senang?
  14. Tak susah nak susah, tak senang nak senang.
  15. If you love what you do, you will never work a day.
  16. Susah atau senang, ia bergantung kepada diri masing - masing. Lihat apa minat kita dan apa matlamat hidup kita.
  17. Jika ditanya kepada seorang doktor, ahli perniagaan, tentera mahu pun seorang petani, sudah tentu mereka akan menjawab perkara yang sama, tak senang dalam kerjaya mereka,
  18. Hari ini para doktor berjuang untuk mendapatkan status kerja tetap kerana kekangan yang ada.
  19. Para guru juga berdepan dengan pelbagai karenah pelajar dan sistem pendidikan yang sentiasa berubah. Ada yang ditugaskan jauh di pendalaman demi anak bangsa.
  20. Ahli perniagaan juga susah memikirkan survival perniagaan mereka di zaman COVID 19 dan persaingan perniagaan yang agak mencabar.
  21. Namun, jika kita suka dan minat mendalam apa yang kita lakukan, semuanya akan senang. Para sukarelawan ramai membantu mangsa banjir di seluruh negara tanpa ada sebarang upahan. Mereka lakukannya kerana mereka suka membantu orang kesusahan.
  22. Para guru sanggup berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa kerana mereka suka dan minat melihat anak bangsa menjadi seseorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
  23. Jurutera di seluruh negara dan dunia gembira dalam kerjaya mereka kerana usaha meraka akan banyak membantu memudahkan kehidupan manusia. Tenaaga elektrik, jalanraya, makanan, kenderaan dan pelbagai teknologi dihasilkan oleh jurutera demi untuk kemudahan manusia.
  24. Jadilah apa jua dalam kehidupan kita, yang penting niat kerana Allah. Niat untuk ibadat dan pahala di Akhirat. Kerana itulah yang diajar oleh Nabi kita dan agama kita. Demi untuk mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.
Selamat menyambut tahun baru 2022.
Kg. Tebing Tinggi, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.


No comments:

Post a Comment