Sunday, 5 January 2025

Naik pelamin

Tahun 2024 dan 2025, dua anak sulung kepada abang - abang saya kahwin. Namun, disebabkan saya berada di Sabah dan urusan kerja, keduanya saya tidak dapat hadir.

Ini adalah pelamin kahwin bangsa Bajau. Gambar diambil semasa kenduri kahwin anak buah di Tuaran. Dulu masa kami kahwin tahun 2005, pelamin yang sama. Cuma mungkin masa itu saya beberapa puluh kilo lebih kurus berbanding sekarang.

Sebenarnya ramai kenduri kahwin sanak saudara kami tidak dapat hadir. Walau pun ia di Sabah mahu pun di Kelantan, amat jarang ada peluang hadir kenduri kendara. Jika pun bukan sebab kerja, pasti cuti sekolah anak - anak akan jadi halangan. Jika pun tiada isu lain, sudah pasti kos balik kampung juga menjadi ujian besar.

Itulah lumrah buat insan yang tinggal jauh dari ahli keluarga. Hanya kata - kata melalui telefon mahu pun group whatsapp menjadi penghubung ucapan tahniah kepada kedua pasangan.

Kepada sesiapa sahaja yang telah berkahwin, bakal berkahwin dan akan kahwin, saya ucapkan ,barakallah, semoga Allah memberkati kedua kamu. Selamat melayari alam perkahwinan hingga ke syurga.

No comments:

Post a Comment