Friday, 25 January 2013

It is a turning point

Isal kata "It is now, or never".

Tak tau la dia faham ke idak apa turning point aku.

Tapi sangkaan dia memang tepat.

Ini kali kedua aku buat turning point. Masa kali pertama hampir 10 tahun lepas. Kisahnya begini ..

Skim Siswazah Tani

Selepas tamat ijazah pertama aku kerja di sebuah kilang besi di Pulau Pinang. Tiga bulan bekerja, aku pulang ke kampung. Mengubat rindu orang tua setelah lama berkelana. Membantu beliau membuat gerai jual ayam.

Dari hari pertama aku di rumah, siang malam keutamaan aku adalah mencari rezeki. Saat itu, fokus aku menjurus kepada menjadi seorang usahawan tani. Minat aku yang cukup mendalam. Aku jalankan kajian. Di satu saat, aku telah pun meletakan matlamat jika tidak dapat kerja, memang aku mahu jalankan projek pertanian.

Dipendekkan cerita, aku telah mendapat tawaran temuduga untuk skim terbabit. Tanpa sebarang persediaan, aku hadir ke temuduga yang dijalankan di Bank Pertanian Kota Bharu.

Dengan tiada persediaan, tiada pernah pengalaman projek, tiada modal dan sebagainya selain minat aku yang cukup mendalam, aku seperti tiada apa-apa pada mereka.

Dari sesi temuduga yang gagal itu, aku telah membuat turning point.

Dari cita - cita untuk menjadi usahawan tani, aku membuat pusingan 180 darjah untuk kembali bekerja sebagai orang makan gaji, jurutera serta apa sahaja pencapain tertinggi aku boleh gapai. Guna ijazah yang aku dapat.

Dari tahun 2003 hingga hari ini 2013, itulah apa yang telah aku lakukan. Menjawab cabaran pengerusi panel yang telah memperlekehkan cita - cita dan impian aku.

Hari ini aku seorang jurutera. Aku telah lulus jurutera stim gred satu dan enjin pembakaran dalam gred satu. Aku juga seorang pengurus kilang, telah menjadi pengurus dalam masa 2 tahun 9 bulan. Berpengalaman dengan jawatan pengurus hampir 7 tahun. Aku juga hampir menamatkan MBA, tinggal satu subjek. Aku juga hampir menamatkan Modul 1 LISP, tinggal satu subjek. Aku telah lulus DIPOM, Diploma in Palm Oil Milling and Management.

Cuma satu dalam pelbagai list itu aku belum gapai, Ir, Jurutera Professional. Sekarang aku ragu - ragu sama ada ingin meneruskan niat untuk mendapatkannya atau tidak kerana keperluan masa depan aku tidak lagi menjuruskan kepada itu.

Dengan kelulusan, pengalaman, apa lagi yang aku perlukan untuk meneruskan projek itu?

Aku perlukan modal!

MBA yang aku ambil sebenarnya tidak sia - sia. Ia telah membuatkan aku lebih yakin dengan apa yang aku ingin capai pada masa hadapan. MBA menukar banyak persepsi aku terutama tentang bidang keusahawanan.

Daripada mentaliti menjadi pekerja hingga akhir hayat, hari ini jiwa dan mental aku sudah menekadkan bidang keusahawanan adalah satu keperluan buat aku. Sesuai dengan jiwa, minat dan apa yang aku ingin capai.

Tuan - Tuan yang dihormati.

Aku tidak impikan kekayaan. Aku tidak impikan pangkat. Aku tidak impikan anugerah atau apa sahaja kertas.

Aku cuma ingin berbakti pada umat dan agama. Aku ingin melakukan sesuatu kebajikan. Melakukan apa yang Nabi dulu pernah jalankan. Jadi seorang ahli perniagaan dan jadi seorang gembala kambing! Lari jauh dari apa yang aku lakukan sekarang, makan gaji!

It is a turning point for my life for second time. 

Turning point to the same point that i have turn last 10 years.

Doakan kejayan aku Tuan-Tuan!

No comments:

Post a Comment