Friday, 11 January 2013

Selamat berlabuh tahun 2012 ; Tahun Semangat Membara

Assalamualaikum wt Tuan2.

Selamat berlabuh tahun 2012. Awang bukanlah nak agungkan tahun masihi melebihi hijrah dan sebagainya. Namun, mengikut trend semasa, tahun masihi sudah menjadi jadual dalam banyak perkara. Jadi, sudah tentu melihat apa yang berlaku sepanjang tahun dan merancang apa yang bakal tiba di depan adalah amat penting.

Yang lepas kekal sejarah. Yang kemudian belum tentu ketemu. Kenangan yang lepas, raikan saat ini, rancang dan corak untuk masa depan. Itulah Awang.

Awang bermula tahun 2012 dengan penuh semangat. Beliau memulakan Fasa ke-3 projek kebun dgn tanaman pisang dan pokok buah - buahan. Hampir 300 pokok ditanam. Ditanam di atas tanah yang kurang subur, banyak berbatu dan perlukan banyak usaha.

Mengimbas kembali Fasa 1; Projek Tanam-2 dalam kawasan pagar. (2009)

Fasa 2 ; Projek Tanam-2 di luar pagar (2010)

dan Fasa 3 Projek Tanam-2 di kawasan kolam dan kawasan terbiar (2012).

Hasilnya ;-

Beratus pokok jambu batu, beratus pokok pisang, berpuluh pokok nangka, beratus pokok kelapa, beribu batang pokok tebu, dan berjuta ekor ikan talapia!

Semangat membara bulan Jan 2012 hingga awal Mac 2012 akhirnya dimatikan oleh berita singkat perpindahan ke Sandakan, Sabah.

Semua projek dan planning setahun terpaksa diubah. Namun, komitmen kerja diutamakan. Semangat membara diteruskan di tempat baru.

Projek rumah sewa terpaksa disiapkan dengan tergesa - gesa. Alhamdulilah, ada kawan mahu menyewa rumah tersebut.

Sewa cuma RM700/bulan kawan! perabut lengkap, 2 aircond, 2 heater, peti ais, tv, mesin basuh, katil lengkap tilam, 2 parking kereta, 4 bilik, 3 bilik air, 2 tingkat dan di tengah-2 Bandaraya Miri!

Ya. Ini memang sewa super kawan-2!

Perjalanan dari Miri-KK-Sandakan direkod 800km, memakan masa 2 hari dengan kereta mpv kecil Alza. Awang memang suka mencabar diri Tuan-2.

Tanggal 22hb. March 2012, Awang sampai ke bumi Sandakan. Dengan mood bercampur-2, atur keluarga dan juga kerja, minda dan fokus diteruskan kepada apa yang penting.

Prestasi kilang di bawah paras paling rendah di syarikat ditingkatkan. Berakhir dengan bukanlah antara yang terendah di penghujung tahun.

Komitmen dan semangat membara Awang diteruskan di bumi baru.

Dengan keadaan rumah yang kosong, memberikan inspirasi kepada Awang untuk memulakan semua semua projek dari Fasa 1 hingga 3 di sini, tapi dalam bentuk dan keadaan yang berbeza.

Ia ibarat memulakan cerita dan buku baru.

Bermula dengan program sukan da sukaneka, akvititi servis pengadung tekanan dan juga kilang, jamuan makan-makan berkali, aktiviti melawat perumahan, gotong - royong, membaik pulih atap rumah serta memasang pagar, meronda kolam effluent, kolam air, membaiki batas kolam, menghalau kerbau serta tuan kerbau, memujuk, memaki, menasihat serta menjadi orang politik dalam berkerja-untuk-kebaikan-syarikat.. aktiviti Awang memang penuh dengan semangat dan cukup menarik!

Alhamdulilah, dengan sokongan keluarga, sokongan staff dan pekerja, semua dipermudahkan. Walaupun ada rintangan, onak dan ranjau perlua dibersihkan serta dilepasi.

Akhirnya, data dan keputusan membuktikan.

Lebih dari itu, hubungan sosial, suasana di tempat kerja dan juga perumahan seperti mendapat semangat baru. Mereka semua gembira.

Jika semua staff dan pekerja Awang sudah gembira, Awang lah orang yang paling gembira.

Apa lagi Awang mahu.

Biarlah orang di luar sana berkata - kata apa pun. Awang tetap berpuas hati dengan apa yang dia lakukan. Sekurang - kurangnya sudah banyak perubahan kebaikan dilakukannya.

Lebih baik, malah lebih baik dari kebanyakan orang.

Salam.


No comments:

Post a Comment