- Mesir sejak ribuan tahun yang lalu memang begitu. Dia adalah orang perantaraan Barat dan Timur. Tetapi kemegahan turun termurun, yang dipusakai oleh anak cucu dari nenek moyang, menyebabkan Mesir tidak pernah hilang. Kadang - kadang memang dia kalah. Tetapi bila sedar akan dirinya, dia tegak kembali. Mesir kukuh, sekolah Ahram (piramid); Mesir bertahan dengan 'tombaknya' yang menjulang langit, iaitu menara masjidnya menyuruh lawannya arus!
- Di mana ranting dipatah, sumur digali. Di sana adat diisi, lembaga dituang. Bertambah jauh kampung halaman, bertambah terkenang.
- Dr. Mohammed Hussein Haikal Pasha, The Life of Muhammad - Kehidupan Muhammad (1933) untuk melawan arus orientalis dan mubaligh Kristian yang menyebarkan fahaman fitnah terhadap Islam. Selepas itu buku kedua Fi Manzilil Wahyi (Ditempat Turunnya Wahyu) selepas beliau mengerjakan haji (1936).
- Said Jamaluddin al-Afghani berpesan, kalau kita tidak kuat, kitalah yang dijadikan orang bola permainan.
- Abbas Mahmoud al-Aqqad menulis dalam sebuah artikel, 'Jika Mesir Mempunyai Bom Atom', '..pantaskah pakai bom atom itu, kalau kita mempunyainya? Yang cukup untuk memerangi kerajaan yang kuat? Dan kalau tidak ada jalan lain lagi, melainkan terpaksa perang? Ya, mesti kita pakai! Kita pakai bom atom itu. Kita tahu bom atom ialah senjata yang tidak disukai dan terlarang memakainya menurut undang - undang antarabangsa. Sebab itu tidak perlu lagi digalakkan penggunaannya. Namun yang menggunakan itu ialah kerajaan - kerajaan kuat yang sanggup berperang dengan alat lain, terutama wang dan orang. Akan tetapi, orang - orang yang melarang itulah yang dengan undang - undang bari, mereka membuat perjanjian Wahsington, 20 tahun yang lalu (6 Feb 1922). Di sana ditulis larangan memakai gas racun dan segala gas yang semacam itu. Mereka tulis ini di Washington. Maka dari Washington inilah dikirim kapal - kapal udara pengangkut bom atom menghancurkan Jepun. Alasannya diambil daripada undang - undang juga, tetapi bukan yang dasar. Perancis pula menolak undang - undang yang berkenaan dengan kapal perang selam. Sebab itu sampai sekarang, belumlah ditandatangani perjanjian itu. Bukan kerana bom atom diterima atau tidak diterima....'
- Dr. Taha Hussein Pasha, kitab Syair Zaman Jahiliyah. Seorang buta yang cemerlang akademiknya, melanjutkan pelajaran ke Perancis dengan berkahwin dengan seorang gadis Perancis, yang selalu membacakan buku kepadanya. Buku lain ; Pandu - Pandu Fikiran, Di Pinggir - pinggir Sejarah, Riwayat Hidupku. Golongan yang Terseksa di Bumi. Semasa menjadi menteri pendidikan, memperkenalkan pendidikan percuma. Buku Janji yang benar (al-Wa'd al-Haqq) - The Divine Promise (1950)
- Thomas Caryle pernah mengatakan, "Pujangga sejati tidaklah pernah mengenal putus asa dan tidak pernah menghentikan perjalanan."
Friday, 27 November 2026
Book Marathon ; Menyusuri Lembah Sungai Nil, Hamka, Jejak Tarbiah 2023
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment