Monday, 14 January 2013

Motivasi dan Inspirasi

(Alwi, Pak Faisal dan Anaknya)

Salam.

Bercerita tentang motivasi dan inspirasi. Makanan aku sejak kecil. Aku sentiasa mencari, mencari dan terus mencari motivasi serta inspirasi.

Semasa aku kanak - kanak, menjadi antara pelajar yang mendapat keputusan baik di sekolah (bukan pelajar pintar sebab genius, tapi sebab rajin) aku mula mencari motivasi. Mencari inspirasi.

Aku jadi orang yang suka tonton tv. Sebut cerita apa aku tak tonton. Dari cerita kartun, tamil, hindi, cerita cina pukul 6 petang, cerita dunhill blockbaster sehingga apa saja cerita yang di tayang di tv1,2,3 (nasib baik ada 3 channel sahaja). Kalau dulu astro ada..

Kenapa aku tonton tv? aku tonton tv sebab banyak perkara di luar lingkup aku masa kecil di kampung dapat aku lihat. Kekadang aku cukup suka cerita yang memberikan inspirasi. Memberikan aku inspirasi dan idea untuk terus berusaha esok hari.

Aku mencari guru sebagai rujukan. Meminta nasihat untuk menjadi berjaya di kemudian hari. Di sekolah rendah, sekolah menengah rendah, menengah atas, masuk matrikulasi dan seterusnya universiti. 

Aku masuk kerja pertama kali dan hingga juga hari ini. Walaupun ada masa dan ketika dan waktu, aku kehilangan orang yang memberi inspirasi.

Suatu ketika, aku memandang sekeliling dan melihat asal usul aku, keluarga aku yang susah, ibubapa aku yang bekerja keras, memandang motor buruk milik ayah aku, cukup memberi aku motivasi untuk aku terus berjuang, bekerja dan mesti berjaya. Aku tidak boleh mengecewakan kedua orang tua aku.

Aku membaca buku. Buku yang memberi inspirasi. Aku menonton movie. Movie yang memberi inspirasi. Aku mencari dan mendekati kawan, rakan serta sahabat. Kawan, rakan, sahabat yang memberi inspirasi.

dan sepanjang perjalanan itu, sudah tentu orang - orang dan makhluk yang mematahkan inspirasi serta motivasi aku hindarkan. Minta jauh - jauh orang ini dari hidup aku.

Pernah seketika aku meletakkan keyword m;power. 'm' untuk motivation power! Kerana motivasi menjadi daya pengerak aku selama ini untuk terus berusaha, berjuang dan bekerja dengan gigih.

Sumber motivasi aku datang dan pergi. Kalau tiada, akan kucari sendiri. Aku sudah menjadi self-motivator kawan! hasil daripada dibesarkan oleh orang-orang yang bermotivasi!

Alwi dari alwigoatfarm
ni blog dia http://alwigoatfarm.blogspot.com/

Dipendekkan cerita. Aku kenal Alwi dari Isal.

ni pula blog isal. http://feral-kk.blogspot.com/

Aku kenal Isal pula dari Facebook. Adalah satu group tu.

Aku tak pernah jumpa Alwi sehingga akhir tahun 2012. Sebelum itu, aku telah menghabiskan keseluruhan post dia. Baca sekali dah faham. (Isal cakap mau baca banyak kali baru faham- tapi aku baca sekali dah cukup faham).

Bukan setakat faham, malah aku cukup setuju dengan pendapat beliau.

Kerana post - post beliau di blog, aku seperti cukup memahami insan bernama Alwi nih. Walaupun tak pernah jumpa.

Bila akhir tahun berkesempatan singgah di tempat beliau di Bidor, aku cukup terharu. Kenyakinan aku pada apa yang telah aku baca dalam blog beliau dengan apa yang aku nampak dengan mata kepala aku telah disempurnakan.

Aku pergi ke sana umpama telah lama mengenali beliau. Anak Pak Faisal pun pelik, macam mana aku beleh cerita banyak pasal Alwi sedangkan aku dan dia baru pertama kali jumpa Alwi.

Tapi itu bukan soalnya kawan.

Insan bernama Alwi adalah antara insan - insan di dunia yang hadir dalam hidup aku. Dan mereka ini adalah contoh - contoh orang - orang yang memberi inspirasi kepada aku.

Memberikan motivasi kepada aku untuk membuat sesuatu. Bekerja. Berusaha dan buat sesuatu dengan cemerlang. Dengan penuh kejayaan.

Mereka ini akan terus hadir dalam hidup aku. Hadir kerana aku sentiasa mencarinya.

Hadir untuk memberi inspirasi kepada aku!

Salam.

No comments:

Post a Comment