Thursday, 5 June 2025

✈️ “Jadilah Juruterbang yang Beriman”



Baru-baru ini, anak ketiga saya menyatakan hasratnya:

๐Ÿ‘‰ “Ayah, saya nak jadi juruterbang.”

Reaksi pertama saya teringat kembali pesan seorang guru yang amat saya hormati, Cikgu Khairiah Abdullah Al Haj, ketika saya di Tingkatan 4 MRSM Kuala Terengganu:

“Jadilah seorang juruterbang yang beriman.”

Kerana imanlah yang akan menjadi kompas dalam apa jua perjalanan, walau setinggi mana pun kita terbang.


Dalam kereta, setiap kali berbual rancak dengan abangnya, dia bercerita penuh semangat tentang cita-citanya. Saya tersenyum, lalu berkongsi perjalanan hidup saya sendiri – penuh liku, penuh hikmah.

  • Sekolah rendah → saya mahu jadi angkasawan, menyentuh bintang. ๐ŸŒŒ

  • Sekolah menengah → minat biologi kerana cara Cikgu Nik Nun Abu Bakar mengajar, saya bercita-cita jadi doktor. ๐Ÿฉบ

  • Matrikulasi & Ijazah di USM → keputusan sederhana, tidak dapat bidang perubatan. Allah beri pilihan ketiga: Kejuruteraan Mekanik. ⚙️

Saya tamat belajar dengan keputusan yang lemah. Namun dengan ilmu kejuruteraan dan kemahiran komunikasi, saya dapat pekerjaan sejurus graduasi. Dan dari situlah kerjaya jurutera saya bermula.

Jujurnya, saya tidak pernah bercita-cita menjadi jurutera. Industri pun tidak saya pilih. Tetapi Allah menakdirkan saya ke dalam industri sawit sejak 2004 hingga kini.


Pesan kedua saya kepadanya:
Buka akaun LinkedIn, ikuti mereka yang sudah berjaya sebagai juruterbang. Cari inspirasi, kerana dunia kerjaya bukan sekadar tentang pekerjaan, tetapi juga tentang komuniti dan perjalanan membina diri.

Minggu lalu saya bawa dua anak lelaki sertai Toastmaster Meeting. Saya sendiri berucap, dan kami mendengar kisah seorang banker yang sanggup menukar kerjaya kerana tidak mahu lagi menghabiskan 2–3 jam sehari di kereta api. Hidup ini penuh simpang, ada masa kita perlu berani menukar arah.


Akhirnya saya katakan kepada anak-anak saya:

๐ŸŒฟ “Carilah apa jua kerjaya dalam hidup. Tetapi jangan hanya cari pekerjaan, carilah juga kebijaksanaan. Fokus untuk belajar banyak kemahiran hidup, kerana kita tidak pernah tahu di mana Allah akan menetapkan persinggahan kita.”

Doakan semoga anak saya dan kita semua dipandu ke jalan terbaik dalam kehidupan – jalan yang bukan sahaja membawa kejayaan, tetapi juga keberkatan.


๐Ÿ“š Footnote

  1. Cita-cita adalah doa. Tetapi takdir adalah rahsia. Usaha kita adalah jambatan antara keduanya.

  2. Kerjaya bukan sekadar pekerjaan, ia adalah perjalanan untuk mengenal diri dan menghargai kehidupan.

  3. Ilmu, iman, dan kemahiran hidup – tiga bekal utama untuk menempuh jalan panjang kehidupan.



#blog #blogger #kembarinsan 

No comments:

Post a Comment