Fokus
Saya bagitau anak, setiap kita ada kelebihan dan kelemahan. Dalam belajar pun begitu. Ada yang dikurniakan Allah dengan daya ingatan yang kuat. Daya fokusnya hebat.
Sekali dengar, semua terus melekat di kepala. Tetapi, kata Tun Mahathir, beliau pelajar biasa. Disebabkan itu, beliau kena usaha lebih dari pelajar bijak. Kalau buku, dia kena baca banyak kali berbanding pelajar bijak yang hanya baca sekali.
Maksudnya, pelajar biasa boleh lawan pelajar bijak jika dia rajin. Bijak sahaja tak cukup. Kita perlu juga perserverance. Lakukan sesuatu dengan istiqamah tanpa henti. Bukan semasa di sekolah sahaja, malah semasa keluar dari universiti, semasa berkerja dan sampai akhir hayat. Lakukannya tanpa henti.
Imam Shafie RA, dengan hanya menggunakan jerami dan air liur beliau tulis atas tapak tangan. Satu kuliah Imam Malik RA dia boleh hafal 25 hadis melekat di kepala. Kenapa beliau guna jerami, sebab beliau miskin dan tiada kertas serta alat tulis.
Sekali pun dikurniakan daya ingatan kuat oleh Allah, Imam Shafie RA tetap juga menulis. Meluahkan ilmu yang baru dipelajari. Itu adalah satu proses mengingat.
Pelbagai cara kita boleh lakukan dengan teknik untuk menghafal. Satunya dengan menulis. Duanya dengan melakukan perbincangan. Tiganya dengan menyampaikan dan melatih orang lain. Semakin banyak kita ulang, ilmu itu semakin kekal dalam dada kita.
Ada pun fokus boleh jimatkan banyak masa dan tenaga kita. Jika kita fokus dalam kelas, kita akan terus ingat apa guru ajar dan kara. Kita boleh ulang sepatah demi sepatah. Namun, kita kita susah fokus? Susah fokus barangkali disebabkan oleh banyak perkara dosa dan lalai seperti game, bahan lucah atau benda - benda yang tiada kaitan dengan pelajaran.
Itulah sebabnya, para tahfiz mereka banyak pantang larang. Supaya jiwa dan rohani mereka boleh berikan fokus yang tinggi.
Jika kita minat, fokus kita akan lebih lagi. Semoga Allah mudahkan kita semua dalam menimba ilmu. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami semua ilmu yang bermanfaat.
Ya Allah, jauhkanlah kepada kami ilmu yang tidak memberikan manfaat kepada dunia kami mahu pun akhirat kami.
No comments:
Post a Comment