Wednesday, 27 October 2010

LISP 2010 Estate Safety, Health and Welfare III

Soalan 4a.
Apakah faktor-faktor tingkahlaku manusia dan bukan tingkahlaku yang menyebabkan penyakit demam denggi?

Jawapan;

1.0 Pengenalan,
Masyarakat perlu sedar mengenai bahaya penyakit demam denggi dan mencegah penyakit demam denggi adalah lebih baik dari mengubatinya. Faktor tingkahlaku manusia dan bukan tingkahlaku adalah penyebab kepada wabak penyakit demam denggi merebak.

2.0 Faktor tingkahlaku manusia,
i. Sampah dibuang di merata-rata
ii. Tidak membersihkan takungan air
iii. Persekitaran kediaman semak-samun
iv. Bangunan terbiar dan tidak diuruskan
v. Kolah air terbiar dan tidak dicuci
vi. Tayar dan botol terbiar
vii. Pesticide tidak diuruskan dengan baik
viii. Kurang kesedaran mengenai kebersihan
ix. Sikap tidak ambil peduli/tidak kisah
x. Longkang terbiar dan tersumbat

3.0 Faktor bukan tingkahlaku manusia,
i. Cuaca kerap hujan
ii. Terdapat takungan semulajadi
iii. Terdapat tanaman semulajadi
iv. Persekitaran yang lembab
v. Persekitaran yang gelap

4.0 Rumusan,
Untuk mencegah demam denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Air di dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan perlu selalu ditukar untuk mencegah nyamuk aedes dari membiak.

Soalan 4b.
Bagaimana penyakit demam denggi dapat dibenteras di ladang Felda dan apakah tindakan pencegahan dan pengawalan yang dapat diambil?

Jawapan;

1.0 Pengenalan
Masyarakat perlu sedar mengenai bahaya penyakit demam denggi dan mencegah penyakit demam denggi adalah lebih baik dari mengubatinya. Faktor tidak menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah serta persekitran kawasan adalah penyebab kepada wabak penyakit demam denggi. Tindakan pencegahan dan pengawalan perlu diambil supaya penyakit demam denggi tidak merebak.

2.0 Punca penyakit demam denggi
Sikap masyarakat yang tidak mahu menjaga kebersihan persekitaran adalah menjadi punca utama pembiakan nyamuk aedes. Gigitan nyamuk aedes dewasa yang membawa kuman denggi ke badan manusia menyebabkan punca penyakit demam denggi berlaku.

3.0 Pelan tindakan program pencegahan dan pengawalan demam denggi,

i. Tetapkan matlamat;

Sifar kes demam denggi di ladang Felda.
ii. Pelan tindakan dan aktiviti pencegahan;
a. Kempen kesedaran bahaya penyakit demam denggi.
b. Kempen gotong-royong.
c. Kempen kampong indah dan bersih.
d. Menjalankan aktiviti pembersihan dan pencegahan.
e. Penguatkuasaan undang-undang.

iii. Strategi berdasarkan kepada pelan tindakan;

a. Kempen kesedaran bahaya penyakit demam denggi,
  1. Menjalankan aktiviti dalam bentuk pendidikan formal dan tidak formal yang dianjurkan oleh majikan seperti kursus, seminar dan bengkel diberikan secara berterusan kepada masyarakat setempat.
  2. Menjalankan promosi membunuh nyamuk aedes, mengawal wabak penyakit demam denggi dan menjaga kebersihan persekitaran kawasan dengan mengedarkan risalah kepada pekerja dan masyarakat setempat, menampal poster di kawasan awam dan membuat banner atau kain rentang di kawasan awam yang strategik.
b. Kempen gotong-royong,

Menjalankan aktiviti membersihkan persekitaran dengan penglibatan daripada majikan, pekerja dan masyarakat setempat. Kempen ini perlu dijalankan secara berterusan dengan membentuk jawatankuasa pemandu dan jawatankuasa penduduk.

c. Kempen pertandingan kampong indah dan bersih,
Menjalankan aktiviti pertandingan kampong indah dan bersih dengan penglibatan dan anjuran daripada majikan dengan menetapkan insentif dan ganjaran kepada pemenang. Kempen ini perlu dijalankan secara berterusan dengan membentuk jawatankuasa pemandu dan program secara tahunan.

d. Menjalankan aktiviti pembersihan dan pencegahan,
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama demam denggi;
  1. Perlindungan dari gigitan nyamuk. Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit badan yang terdedah apabila diperlukan. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh badan kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap di rumah untuk mencegah nyamuk dari memasuki ke dalam rumah. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi wabak demam denggi. Ini adalah kerana nyamuk aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.
  2. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk. Cara lain untuk mencegah penyakit demam denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Perkara yang perlu lakukan ialah: Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, besen dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya. Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu. Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu. Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air. Bersihkan persekitaran rumah. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tayar buruk, tin kosong dan botol Pungut sampah-sarap ke dalam beg plastik dan letakkan di dalam tong sampah yang bertutup.
  3. Hapuskan nyamuk aedes dewasa.
Menjalankan semburan kabus racun serangga (Fogging) dengan menggunakan mesin Ultra Low Volume bertujuan untuk membunuh nyamuk dewasa. Semburan dijalankan pada awal pagi dan petang dan keadaan cuaca yang sesuai (tanpa hujan)
Gunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Lakukan semburan menyeluruh di bahagian dalam rumah. Penggunaan ubat nyamuk untuk mengelakkan dari digigit nyamuk jika perlu.
e. Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan,
Akta, undang-undang dan peraturan adalah satu langkah tindakan dan kawalan untuk memastikan masyarakat sedar dan mengamalkan penjagaan kebersihan di dalam dan di luar rumah serta persekitarannya supaya wabak demam denggi dapat dikawal dan tidak merebak.
iv. Penilaian program;
Penilaian untuk setiap sesi program perlu dijalankan oleh pihak penganjur program untuk memastikan setiap matlamat dapat dicapai dan juga sebagai panduan untuk tindakan pembetulan sekiranya program didapati gagal dimanafaatkan.
4.0 Rumusan,
Masyarakat perlu sedar mengenai bahaya penyakit demam denggi dan mencegah demam denggi adalah lebih baik dari mengubati kerana sehingga kini belum ada vaksin yang sesuai untuk mengubat penyakit demam denggi. Adalah disarankan supaya semua pihak menjaga kebersihan diri dan persekitaran supaya penyakit demam denggi dapat dikawal dan tidak merebak.l

No comments:

Post a Comment