Sunday, 7 March 2010

Kak Pah

Adik beradik ke 3 dan kakak yang pertama. Beliau banyak membantu suaminya menguruskan perniagaan di rumah. Di samping kesibukan menguruskan perniagaan, beliau mempunyai tujuh orang anak.

Beliau pandai memasak. Banyak masakan Kelantan yang menjadi kegemaran keluarga selalu dihidang semasa hari perayaan. Mungkin mewarisi bakat memasak mak.

Sepanjang hayatku, aku rasa tidak pernah ada waktu serta sejarah bergaduh dengannya. Mungkin kerana daripada remaja hingga kini, banyak masa aku di luar negeri, tiada masa dan sempat untuk bergaduh. Balik ke kampung, hanya sempat untuk bersua muka serta bertanya khabar. Lain dariku, semua adik beradik punya masalah dengannya.

Namun, aku lebih suka membicarakan soal positif mengenai peribadi orang. Cari hal yang positif dan puji beliau. Kita boleh contohi sifatnya. Kita boleh hargai beliau. Dan kita boleh menerima beliau seadaanya.

Manusia tidak lari dari kekurangan. Namun, kita mesti belajar ilmu agama, belajar ilmu kehidupan. Kelak, hidup kita bertunjangkan jalan yang lurus.

KLIA 25th Feb 2010


Pokok sawit di KLIA

Wednesday, 3 March 2010

Minat


  1. Semasa pulang ke kampung beberapa hari yang lepas, aku membuat signboard untuk kedai mak, setelah sekian lama tertangguh.
  2. Gambar ini diambil secara spontan oleh adik aku. Setelah meneliti beberapa kali, baru ku sedar, aku telah lama meninggalkan minat aku.
  3. Aku minat seni.
  4. Aku minat kerja pertukangan tangan.
  5. Aku minat menghasilkan perabut, lukisan, serta suka melakukan kerja - kerja pertukangan lain.
  6. Namun, disebabkan oleh kerana suasana kerjaya dan berhijrah di tempat orang, aku jarang mempunyai peluang untuk melakukan kerja tersebut.
  7. Setiap kali pulang ke kampung, pasti ada sesuatu hasil kerja tangan yang aku hasilkan. Aku lakukan kerana masa untuk aku berada di kampung adalah terhad.
  8. Semasa aku sedang asyik melakukan kerja di atas, sebenarnya kepala tengah sakit - migrain. Sakit kerana kurang rehat setelah seminggu suntuk dari Miri - PJ - KB - Jeli - KB. Namun, untuk mencapai target tersebut, aku berjaya menyiapkannya dengan gembira.
  9. Masa dalam penerbangan, aku luangkan sepenuhnya untuk tidur.
  10. Suatu masa, aku bercita - cita untuk mempunyai sebuah bengkel kecil di belakang rumah, rekabentuk rumah di barat. Bengkel tersebut lengkap dengan peralatan. Aku akan gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan segala jenis perabut serta perkara bermanfaat.
  11. Apabila kita sudah meletakkan sepenuh jiwa kita kepada perkara yang kita minat, sudah tentu hasilnya amat membanggakan.
  12. Namun, pastikan perkara itu adalah kebaikan, bukan sebaliknya.

4th May 2002 ; Pentaulihan PALAPES USM

4th May 2002 Majlis Pentaulihan PALAPES USM.

AESP Authorised Entrant/Standby Person For Confined Space by NIOSH


Breathing Apparatus

confined space also has limited or restricted means for entry or exit and is not designed for continuous occupancy. Confined spaces include, but are not limited to, tanks, vessels, silos, storage bins, hoppers, vaults, pits, manholes, tunnels, equipment housings, duct work, pipelines, etc.


  1. http://www.ehstoday.com/industrial-hygiene/poisonous-gases-confined-space-lead-three-worker-deaths
  1. http://www.ehstoday.com/safety/confined-spaces/ehs_imp_35065
  1. http://www.ehstoday.com/construction/four-minutes-life-and-death-confined-spaces
  1. http://english.astroawani.com/malaysia-news/tawau-welding-fume-incident-two-more-workers-die-143783
  1. http://www.marinetraffic.com/en/maritime-news/article/2991



























Entry permit:
(1) The space to be entered;
(2) The purpose of entry;
(3) The date and authorized duration of the permit;
(4) The authorized entrants within the permit space, by name or some other means that will enable the attendant to determine quickly and accurately, for the duration of the permit, which authorized entrants are inside the permit space;
(5) Names of attendants;
(6) Supervisor’s name, with a space for the signature or initials of the supervisor who originally authorized entry;
(7) The hazards of the space to be entered;
(8) The measures used to isolate the permit space and to eliminate or control any hazards before entry (i.e. purging, flushing, or ventilating the space as well as lockout and tagging of equipment);
(9) Acceptable entry conditions;
(10) The results of any initial and periodic tests performed, accompanied by the names or initials of the testers and by an indication of when the tests were performed;
(11) The rescue and emergency services that can be called on and the means (such as the equipment to use and the numbers to call) for reaching those services;
(12) The communication procedures used by authorized entrants and attendants to maintain contact during the entry;
(13) Equipment, such as personal protective equipment, testing equipment, communications equipment, alarm systems, and rescue equipment, to be used;
(14) Any other information whose inclusion is necessary, given the circumstances of the particular confined space, in order to ensure employee safety; and any additional permits, such as for hot work, that have been issued to authorize work in the permit space.

More posts on this link :-
1. Prosedur Kerja Selamat dan Ruang Terkurung di Kilang Sawit
 https://zul1979.blogspot.com/2011/05/prosedur-kerja-selamat-ruang-terkurung.html
2. Tiga orang mati dalam Kernel Bunker Part 2
https://zul1979.blogspot.com/2017/12/tiga-orang-mati-di-dalam-kernel-bunker.html
3. Tiga orang mati dalam Kernel Bunker Part 1
https://zul1979.blogspot.com/2009/09/3-maut-memasuki-kernel-bunker-ruang.html
4. All about NIOSH
https://zul1979.blogspot.com/search?q=niosh
5. Link to Steam Engineer
https://zul1979.blogspot.com/search/label/Steam%20Engineer
6. Link to Palm Oil Mill
https://zul1979.blogspot.com/search/label/Palm%20Oil%20Mill
7. Looking for motivation & inspiration?
https://zul1979.blogspot.com/search/label/motivasi

AESP Authorised Entrant/Standby Person For Confined Space by NIOSH


Group photo bersama trainer dari NIOSH Bintulu, Sarawak.

Monday, 1 March 2010

Loving Family

picture taken on 28th Feb 2010

Budaya Bangsa

Lukisan yang penuh cerita tersendiri. Daripada penghasilan lukisan ini sehingga mesej yang ingin disampaikan.

Lukisan ini terdapat di Balai Menunggu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Kedai Runcit Hjh. Yah, Cawangan Tebing Tinggi

Setelah menangguh beberapa kali untuk membuat Sigbnboard kedai mak, akhirnya aku berjaya menyiapkannya dalam 24 jam.
Kedai ini telah beroperasi sejak tahun 2003, bermula dengan sebuah kedai kecil. Sebelum itu, mak menjadi peraih dan menjual di Pasar Besar Siti Khadijah bertahun lamanya.

Kepada penduduk sekitar Tebing Tinggi, Teluk Kitang, Parang Puting, Kemumin, Cabang Empat, Sabak serta sekitar, anda semua dijemput untuk membeli barang keperluan harian serta runcit di kedai ini.

March

Keduanya adalah sumber motivasi aku yang pertama dan selamanya untuk terus meniti kembara kehidupan.
  1. Bulan March.

  2. Banyak perkara penting berlaku dalam hidup saya pada bulan ini.

  3. Saya dilahirkan pada 17hb. March 1979.

  4. Saya pertama kali menjejak kaki di Sabah pada 15hb. March 2004.

  5. Saya mula menjejaki kaki di kilang sawit pada 16hb. March 2004.

  6. Saya memasuki industri sawit, bekerja dengan IOI Corportion Berhad dan berhenti juga pada bulan March.

  7. Saya menyertai Boustead juga pada bulan March.

  8. Tahun ini saya berumur 31 tahun pada bulan March 2010 serta 1431 H.

  9. Ramai kenalan serta saudara saya juga lahir pada bulan March.

  10. Sempena bulan kelahiran, saya berdoa pada Allah semoga terus memberkati serta merahmati kedua Ibubapa saya di kampung.

  11. Tanpa mereka, saya tidak lahir ke dunia ini.

  12. Satu harapan saya, selagi hayat dikandung badan, diri dan jiwa akan cuba untuk terus berbakti sebaik mungkin pada keduanya.

  13. Semoga kedua Ibubapa terus berada dalam kesihatan, kegembiraan dan kebahagian disamping keluarga.

...