Saturday, 5 June 2010

Kantin Kilang

  1. Boleh dikatakan semua kilang mempunyai kantin di hadapan atau berdekatan dengan kilang. Disebabkan kilang merupakan pusat untuk aktiviti di seluruh ladang, kantin ini biasa mempunyai lebih daripada tempat untuk makan dan minum.
  2. Kantin ini biasanya digabungkan dengan kedai runcit di mana semua pekerja kilang, pekerja ladang dan pelawat membeli barang keperluan asas rumah. Jika ada aktiviti rasmi kilang, kantin bertindak sebagai pihak yang menyediakan juadah minum dan makan.
  3. Harga yang ditawarkan sudah tentu lebih mahal berbanding di bandar disebabkan faktor jarak yang jauh di pelusuk pendalaman. Namun, biasanya pekerja kilang mendapat diskaun disebabkan subsidi yang diberikan kepada pengusaha. Air, elektrik serta sewa boleh dikatakan agak murah.
  4. Kantin merupakan tempat yang amat nostagia bagi aku sebagai seorang jurutera di kilang sawit. Di Morisem POM, kedudukan kantin yang dibina amat strategik. Kantin dibina di tengah - tengah hadapan kilang, di luar pagar. Jika sedang minum di kantin, pemandangan yang cantik dapat dilihat. bermula pejabat, penerimaan buah, water treatment, boiler dan bilik enjin yang sedang beroperasi, kernal plant serta lori yang sedang mengambil tandan kosong, semuanya dapat dilihat dari kantin!
  5. Waktu pagi, matahari yang tidak panas akan menerangi bahagian kiri kantin di sebelah timur. Petang apabila matari mengufuk, bahang yang panas di halang oleh bangunan kedai runcit yang membuatkan berada di kantin lebih selesa. Lagipun, kedudukan kantin serta kiang berada di kawasan paling tinggi, angin yang bertiup membuatkan suasana di sana amat tenteram, walaupun kekadang dipecahkan oleh kebisingan safety valve blow off!

bersambung..

Thursday, 3 June 2010

Usaha & Kejayaan

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Mesyuarat @ Muafakat

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Usaha

If there is WILL, there will be WAYS!

Hasil, Keputusan dan Result

  1. Bidang pengurusan amat luas. Pengurus di semua jenis organisasi boleh mengurus 1001 perkara atau kerja. Namun, konsep yang digunakan adalah tetap sama. Pengurusan adalah salah satu bidang yang memerlukan pembelajaran secara berterusan. Lebih - lebih lagi di dalam dunia yang kian mencabar serta cepat berubah.
  2. Salah satu bahagian pengurusan adalah objektif / tujuan / matlamat / misi / visi yang ingi dicapai. Perkara ini dikira melalui unit yang boleh diukur untuk menentukan kecekapan serta produktiviti sebuah organisasi. Pendek kata, dalam dunia perniagaan, sebuah pengurusan akan dilabelkan gagal jika tidak menghasilkan keuntungan yang dikira melalui nilai duit yang diperolehi.
  3. Jika anda seorang pengurus atau jurutera, kecekapan anda dinilai berdasarkan prestasi organisasi seperti jumlah produk yang dihasilkan, kurangnya kehilangan, kos rendah dan sebagainya.
  4. Seringkali anak buah mengeluh mempunyai kerja yang banyak dan terlalu sibuk untuk menyiapkan tugasan yang diberika mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Masalah ini perlu dikaji dengan lebih mendalam.
  5. Adakah anda melakukan kerja - kerja yang produktif semasa anda bekerja atau banyak masa dibazirkan dengan aktiviti tidak barfaedah. Anda lebih suka berborak kosong, melakukan kerja yang bukan menjadi tanggungjawab anda dan suka bertangguh. Anda tidak fokus pada target kerja, masa yang perlu disiapkan, tidak merancang masa/material/manpower/method untuk menyiapkan tugasan tersebut. Seringkali anda dimarahi oleh ketua anda kerana tidak menyiapkan kerja mengikut masa yang ditetapkan, mempunyai banyak kesalahan atau paling teruk, anda hanya memulakan kerja yang telah diarahkan setelah diingatkan oleh ketua anda.
  6. Amat mengecewakan jika anda sudah bekerja lebih lima tahun, namun masih menunggu ketua anda untuk mengerakkan kerja yang sudah menjadi rutin organisasi anda. Kenapa perkara tersebut berlaku? Anda tidak mempunyai keyakinan diri, tidak proaktif, malas, tidak memberikan komitmen yang tinggi serta anda tidak tahu apa yang perlua anda lakukan (tidak fokus).
  7. Malas lebih sesuai untuk semua di atas. Jika anda mempunyai sikap dan sifat ini, anda bertuah jika kiranya ketua anda masih memberikan peluang kepada anda dengan harapan anda akan berubah. Pilihan yang sewajarnya addalah, anda diberhentikan kerja serta - merta kerana anda menjadi beban kepada organisasi. Walaupun anda ada, tetapi kerja tidak disiapkan setelah tugasan diagihkan kepada anda. Jika anda mempunyai anak buah, bagaimana anda hendak memerika kerja mereka sedangkan kerja anda sendiri tidak anda siapkan? Bukankah lebih baik jika organisasi tersebut menggantikan orang lain yang lebih memerlukan posisi anda?
  8. Seorang pengurus atau ketua yang proaktif amat mementingkan keputusan, result atau kerja yang telah disiapkan dengan sempurna (mematuhi masa, tiada kesilapan dan cemerlang). Jika keputusan tidak dihasilkan, semua pergerakan organisasi tersebut tidak akan berjalan dengan lancar. Jika anda staff yang tidak melakukan kerja, anda menjadi seperti penghalang kepada pergerakan organisasi. Lebih baik halangan tersebut dibuang dan aliran akan lebih lancar kerana tidak perlua melalui anda.
  9. Hasilkan kerja yang dilakukan dengan sempurna akan memberikan kepuasan kepada diri - sendiri. Jika anda mempunyai sikap dan sifat ini, anda tergolong di kalangan orang yang minat dengan tanggungjawab yang sedang dipegang. Jika anda sebaliknya, atau sentiasa mencari alasan untuk tidak menyiapkan tugasan yang diberikan, lebih baik anda meceburi bidang lain. Lebih - lebih lagi jika anda berada di dalam industri sawit. Ini kerana, industri ini memerlukan banyak pengorbanan. Jika anda tidak mempunyai minat, masakan anda sanggup untuk berkorban. Jika anda masih di sini, anda sebenarnya membuang masa banyak pihak.
  10. Membuang masa anda, kerana anda tidak akan dinaikkan pangkat. Membuang masa syarikat kerana syarikat tidak dapat keuntungan daripada pengalaman anda sedangkan gaji anda dinaikkan setiap tahun. Anda membuang masa keluarga anda kerana terpaksa berkorban untuk anda dan mengikuti anda walaupun ke pelusuk hutan.

"if there is will, there will be ways!"

"Kalau hendak seribu daya, kalau tidak mahu, seribu dalih"

Pemerintah, Pemuda, Masjid, Zina dan Insaf

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya:

“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah:

  1. pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya,
  2. orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,
  3. orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”,
  4. orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan
  5. orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Wednesday, 2 June 2010

Boating @ Borneo Tropical Rainforest


Berenang


Berenang. Cari kolam yang selamat dan terjun. Berenang sehingga anda keletihan. Ia bagus untuk tubuh anda.

Menunggang kuda

Zaman dahulu sebelum kenderaan bermotor dicipta, kuda merupakan kenderaan pengangkut yang penting.

Digunakan untuk berperang, mengangkut barang, penghantar mesej serta banyak lagi.

Memanah / Archery


Saidina Umar RA berkata, ajarlah anak tiga perkara :-

( Rujuk http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1338-irsyad-al-hadith-siri-ke-150-memanah-berenang-dan-berkuda ) 

1. Berenang
2. Memanah
3. Menunggang kuda
kita sebagai orang Islam patut menjadikan tiga sukan ini kewajipan untuk diajar kepada generasi Islam dan mahir dalam semua bidang tersebut.
Jika ditafsirkan mengikut zaman :-
1. Berenang - 3/4 bumi dilitupi air, sudah semestinya kemahiran ini penting hatta berada di gurun. Malah, kajian menunjukkan berenang adalah antara sukan paling baik untuk badan kerana semua otot, anggota serta pernafasan dapat dilatih dengan baik.
2. Memanah - semua orang Islam wajib belajar senjata untuk mempertahankan diri sendiri serta persediaan daripada diserang musuh Islam. Jika anda berada di universiti awam, anda boleh mengikuti PALAPES untuk belajar menggunakan pelbagai senjata moden seperti M16, Mortar, GPMG dan pistol. Memanah juga melatih penumpuan mata, fizikal, mental serta menguatkan struktur lengan dan tulang belakang.
3. Menunggang kuda - mempunyai kemahiran untuk memandu pelbagai kenderaan di bumi. Disamping itu juga, sukan ini membantu menguatkan tulang belakang serta anggota tubuh yang lain.
sudah tahu, jom buat sekarang!