Thursday, 3 June 2010

Hasil, Keputusan dan Result

  1. Bidang pengurusan amat luas. Pengurus di semua jenis organisasi boleh mengurus 1001 perkara atau kerja. Namun, konsep yang digunakan adalah tetap sama. Pengurusan adalah salah satu bidang yang memerlukan pembelajaran secara berterusan. Lebih - lebih lagi di dalam dunia yang kian mencabar serta cepat berubah.
  2. Salah satu bahagian pengurusan adalah objektif / tujuan / matlamat / misi / visi yang ingi dicapai. Perkara ini dikira melalui unit yang boleh diukur untuk menentukan kecekapan serta produktiviti sebuah organisasi. Pendek kata, dalam dunia perniagaan, sebuah pengurusan akan dilabelkan gagal jika tidak menghasilkan keuntungan yang dikira melalui nilai duit yang diperolehi.
  3. Jika anda seorang pengurus atau jurutera, kecekapan anda dinilai berdasarkan prestasi organisasi seperti jumlah produk yang dihasilkan, kurangnya kehilangan, kos rendah dan sebagainya.
  4. Seringkali anak buah mengeluh mempunyai kerja yang banyak dan terlalu sibuk untuk menyiapkan tugasan yang diberika mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Masalah ini perlu dikaji dengan lebih mendalam.
  5. Adakah anda melakukan kerja - kerja yang produktif semasa anda bekerja atau banyak masa dibazirkan dengan aktiviti tidak barfaedah. Anda lebih suka berborak kosong, melakukan kerja yang bukan menjadi tanggungjawab anda dan suka bertangguh. Anda tidak fokus pada target kerja, masa yang perlu disiapkan, tidak merancang masa/material/manpower/method untuk menyiapkan tugasan tersebut. Seringkali anda dimarahi oleh ketua anda kerana tidak menyiapkan kerja mengikut masa yang ditetapkan, mempunyai banyak kesalahan atau paling teruk, anda hanya memulakan kerja yang telah diarahkan setelah diingatkan oleh ketua anda.
  6. Amat mengecewakan jika anda sudah bekerja lebih lima tahun, namun masih menunggu ketua anda untuk mengerakkan kerja yang sudah menjadi rutin organisasi anda. Kenapa perkara tersebut berlaku? Anda tidak mempunyai keyakinan diri, tidak proaktif, malas, tidak memberikan komitmen yang tinggi serta anda tidak tahu apa yang perlua anda lakukan (tidak fokus).
  7. Malas lebih sesuai untuk semua di atas. Jika anda mempunyai sikap dan sifat ini, anda bertuah jika kiranya ketua anda masih memberikan peluang kepada anda dengan harapan anda akan berubah. Pilihan yang sewajarnya addalah, anda diberhentikan kerja serta - merta kerana anda menjadi beban kepada organisasi. Walaupun anda ada, tetapi kerja tidak disiapkan setelah tugasan diagihkan kepada anda. Jika anda mempunyai anak buah, bagaimana anda hendak memerika kerja mereka sedangkan kerja anda sendiri tidak anda siapkan? Bukankah lebih baik jika organisasi tersebut menggantikan orang lain yang lebih memerlukan posisi anda?
  8. Seorang pengurus atau ketua yang proaktif amat mementingkan keputusan, result atau kerja yang telah disiapkan dengan sempurna (mematuhi masa, tiada kesilapan dan cemerlang). Jika keputusan tidak dihasilkan, semua pergerakan organisasi tersebut tidak akan berjalan dengan lancar. Jika anda staff yang tidak melakukan kerja, anda menjadi seperti penghalang kepada pergerakan organisasi. Lebih baik halangan tersebut dibuang dan aliran akan lebih lancar kerana tidak perlua melalui anda.
  9. Hasilkan kerja yang dilakukan dengan sempurna akan memberikan kepuasan kepada diri - sendiri. Jika anda mempunyai sikap dan sifat ini, anda tergolong di kalangan orang yang minat dengan tanggungjawab yang sedang dipegang. Jika anda sebaliknya, atau sentiasa mencari alasan untuk tidak menyiapkan tugasan yang diberikan, lebih baik anda meceburi bidang lain. Lebih - lebih lagi jika anda berada di dalam industri sawit. Ini kerana, industri ini memerlukan banyak pengorbanan. Jika anda tidak mempunyai minat, masakan anda sanggup untuk berkorban. Jika anda masih di sini, anda sebenarnya membuang masa banyak pihak.
  10. Membuang masa anda, kerana anda tidak akan dinaikkan pangkat. Membuang masa syarikat kerana syarikat tidak dapat keuntungan daripada pengalaman anda sedangkan gaji anda dinaikkan setiap tahun. Anda membuang masa keluarga anda kerana terpaksa berkorban untuk anda dan mengikuti anda walaupun ke pelusuk hutan.

"if there is will, there will be ways!"

"Kalau hendak seribu daya, kalau tidak mahu, seribu dalih"

No comments:

Post a Comment