Thursday, 17 June 2010

Meeting MPOA Sarawak & Kes Kecurian CPO

Awal bulan Mei 2010, berlaku kes curi CPO dari kilang. Disebabkan terdapat kelonggaran pada prosedur yang sedia ada dan kecuaian kerani timbang, syarikat mengalami kerugian hampir RM94,000.

Seorang pemandu menggunakan maklumat diri dan kenderaan palsu telah menyamar dan melarikan sejumlah CPO dari kilang. Kunci utama pada kelemahan prosedur adalah kad pengenalan asal tidak pernah diperiksa oleh pihak pengurusan. Disamping itu, collection order yang asal yang digunakan oleh pemandu tersebut menunjukkan tanda - tanda ada kaitan orang dalam syarikat pengangkut.

Setelah hampir tiga minggu mengeluarkan memo, meminda dan menambahbaik prosedur sedia ada serta membuat laporan kepada pihak berwajib, fikiran dan mental masih belum tenang dengan kejadian tersebut. Berfikir, apa lagi yang boleh dilakukan untuk mengelak kejadian yang sama berulang.

Setiap prosedur yang dibuat mesti mempunyai tujuan tersendiri. Tujuan tersebut mesti dijelaskan dengan teliti kepada semua orang termasuk orang bawahan. Ada waktu, orang bawah akan memandang ringan, di waktu tersebut tindakan susulan seperti latihan atau hukuman perlu diambil.

Sebagi pihak pengurusan, pemeriksaan berterusan dilakukan. Proses yang sama seperti mengulang - ulang perkara yang sama kepada staff serta semua pekerja dilakukan walaupun memenatkan. Ulang- ulang dan ulang sehingga prosedur tersebut menjadi darah dan daging organisasi. Tiada jalan pintas untuk proses tersebut apabila kita berhubung dengan manusia.

Salah satu badan yang dilaporkan adalah MPOA Sarawak. Kejadian tersebut menjadi bualan semua miller disebabkan maklumat yang disampaikan. Pihak sykt pengangkut juga telah membuat banyak perubahan kepada sistem sedia ada untuk mengelak kejadian sama berlaku. Sempena mesyuarat jawatankuasa yang dibakal dijalankan, aku telah dipanggil untuk berkongsi pengalaman serta tindakan pembaikan yang telah dilakukan.

Perkongsian maklumat di kalangan miller serta planter banyak membantu dalam meningkatkan standard sedia ada dan budaya ini mesti diteruskan.

No comments:

Post a Comment