Sunday, 5 January 2014

Bye bye Facebook

Sejak 2009 saya ada akaun FB.

Hari ini saya deactivate. Terminate.

Bye bye FB.

Adios!

Saturday, 4 January 2014

Ayat 29 surah Al Fath:48

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Al Fath 48:29

Environment, mass balance

Thursday, 2 January 2014

Kisah pemimpin zalim dan unta susu yang banyak

Kisah pemimpin zalim, unta susu banyak dan keberkatan.


Apabila pemimpin adil, Allah akan limpahkan keberkatan dalam pemerintahannya.


Di satu zaman kerajaan Islam, ada seorang Sultan dan gembala unta. Unta gembala tersebut menghasilkan susu yang sangat banyak dan cerita itu terkenal di seluruh negara.


Sultan itu mula berniat zalim nak rampas unta tersebut. Sebelum itu, dia pun menyamar, pergi berjumpa dengan gembala itu nak tahu rahsia susu unta yang menakjubkan itu.


Hari pertama

Bertanya sultan kepada si gembala dan gembala itu menjawab,


Ini semua berkat daripada keadilan sultan kami. Allah mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka.


Hari kedua

Sultan itu menyamar dan datang semula.


Nanum, hari tersebut, unta itu kurang mengeluarkan susu. Tidak sampai separuh. Maka bertanyalah sultan itu kepada gembala, kenapa hal demikian. Maka menjawab si gembala.


Mungkin sultan aku berbuat kezaliman dan keberkatan pada negeri ini ditarik Allah.


Mendengar kata kata itu, maka insaflah Sultan yang berniat ingin berbuat kezaliman.


Hari ketiga.

Sultan itu datang lagi. Kali ini datang dengan tiada niat untuk merampas dan berbuat kezaliman kepada gembala tersebut.


Subhanallah, unta itu kembali mengeluarkan susu yang sangat banyak.


Sampaikan ilmu hadis

Daripada Zaid bin Thabit RA, Nabi SAW bersabda:

"Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafal sehingga ia menyampaikan kepada orang lain.

Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya."

Riwayat Abu Daud dan al Tirmizi

Keterangan hadis
Menyerikan-elokkan akhlak dan tinggikan darjat.

Hukum wajib menuntut ilmu, bersungguh sungguh kaji hadis dan merumuskan perkara yang tersingkap di sebalik suatu hadis.

(Aun al Ma'bud)

Jalan bahagia

Daripada Fadhalah bin Ubaid r.a, Nabi SAW bersabda:

"Berbahagialah orang yang diberi hidayat kepada Islam,
Manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada."

Riwayat al Tirmizi dan Ahmad 

Kembara Insan

Daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata:

"Rasulullah SAW bersabda: Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan."

Riwayat Al Bukhari.

Keterangan hadis
Memutuskan pergantungan diri terhadap dunia melainkan pada perkara yang diperlukan untuk tujuan bermusafir dan tiba ke destinasi yang dituju.

Destinasi bagi kehidupan ini ialah kubur.

Sesungguhnya mati sekalipun masih jauh sebenarnya ia adalah dekat.

Syarah Sunan Ibn Majah

Wednesday, 1 January 2014

2014


Before 2⃣0⃣1⃣3⃣ Ends,
Let Me Thank All The Good People Like U👍,
Who Made 2013 Beautiful For Me.
I Pray U B Blessed With a Faithful Year ahead

I Wish U A
🌹Fantastic JANUARY🌹

🍁Loveable FEBRUARY🌺

🌾Marvelous MARCH🌴

🌸Foolish APRIL🌻

💐Enjoyable MAY🌷

🍀Successful JUNE🐚

🌹Wonderful JULY🌻

🍀independent AUGUST🌴

🍃Powerful September🍂

🌾Tastiest OCTOBER🍁

🌻Beautiful NOVEMBER🌾

💐Happiest DECEMBER.🌷

👍Have A VICTORIOUS YEAR!👍

✨Hope I am the 1st Person To Wish U All Happy 12 Months Of 2014 😊😃🍃🌾🍂

💞Handbook 2⃣0⃣1⃣4⃣💞
     
            👉HEALTH🌟👈

🔹Drink plenty of water💦☑

🔹Eat Breakfast🍞 like a king,  
     Lunch🍗 like a prince &
     Dinner like a beggar🍏☑

🔹Live with the 3⃣ E's...
     Energy,
     Enthusiasm &
     Empathy.☑

🔹Make time⌚ to pray🙏☑

🔹Play more games🚴🏊☑

🔹Read more books📚 than you 
     did in 2013.☑

🔹Sit in silence😷 for at least 
    🔟minutes each day.☑

🔹Sleep😴 for 7⃣ hours.☑

🔹Take a 🔟-3⃣0⃣ minutes 
     walk🚶daily And while you 
     walk, Smile😊☑

    ➰➰➰➰➰➰➰➰➰

        👉PERSONALITY✨👈
🔸Don't over do. Keep your
      limits✋☑

🔸Don't take yrself👈 so 
     seriously😐. No one else does.☑

🔸Don't waste🚯 your precious 
      energy on gossip👄☑

🔸Dream😨 more while you 
     are awake.☑

🔸Envy is a waste of time⏰. 
     You already have all you need.☑

🔸Forget😱 issues of the past. 
     Don't remind😰 your partner 
     with his👨/her👩 mistakes 
    of the past. That will ruin💔 
    your present Happiness.☑

🔸Life is too short to waste 
     time⌚ hating anyone. Don't 
     hate😠 others.☑

🔸Make peace✌ with your past 
     so it won't spoil the present.☑

🔸No one is in charge of your
      happiness💞 except you.☑

🔸Smile😀 and laugh😁 more.☑

🔸You don't have to win every
   argument💋, agree👍 to disagree👎.☑

     ✳✳✳✳✳✳✳✳


               👉SOCIETY👈

🔺Call☎ your family often.☑

🔺Each day📆 give something 
     good✅ to others.☑

🔺Forgive everyone for 
      everything.☑

🔺Spend time⏰ with people 
     over the age of 7⃣0⃣ & under 
     the age of 6⃣.☑

🔺Try to make at least 3⃣ people 
      smile😃 each day.☑

🔺What other people think😇 
     of you is none of your business.☑

    ➿➿➿➿➿➿➿➿

                👉LIFE💫👈

▪Do the right✅ thing!☑

▪GOD heals everything.☑

▪However good✅ or bad❌ 
     a situation is, it will  change♻☑

▪No matter how you feel💗,
     Get up⬆,
     Dress up👔👗 and
     Show up. The best👍 is yet 
     to come.☑

▪When awake in the morning🌅 
     thank GOD for it.☑

▪Your Inner most is always 
      happy. 
      So, be happy💖. ☑

     ✴✴✴✴✴✴✴

💠LAST BUT NOT THE LEAST💠

            Please Forward
                   This To
                  Everyone
            Whom You Care about 
                I Just Did

Kisah kuliah agama dan sepotong roti canai

Ayahku, di masa sihatnya, sering berulang alik ke masjid.

Aku masih ingat semasa zaman kanak kanak berumur 7-10 tahun, aku dan abangku sering dibawa ke kuliah agama. Ayahku memang sanggup membawa kami ke masjid luar kampung apabila ada kuliah dari penceramah tertentu.

Pendek cerita, antara banyak kuliah agama yang dihadiri, satu pun aku tak ingat isi kandungannya.

Yang aku ingat, jika pun aku tak tertidur, aku mungkin melihat ramainya orang di masjid. Isi kandungan kuliah-zero ingatan.

Tapi aku cukup ingat satu perkara. Entah macam mana, masa kuliah ada jer hal seperti mengantuk dan fikiran tak tentu, tetapi selepas habis kuliah dan dalam perjalanan balik, badan dan mata aku kembali segar. Sesegar waktu pagi bila dicurah air sejuk!

Ayah akan berhenti di sebuah kedai makan dan belanja kami makan roti canai. Roti canai yang hingga kini aku masih ingat kedainya. Dulu ayah pelihara itik telur, jadi kami bawa sendiri telur itik dari rumah, beli roti kosong tapi minta buat roti telur.

Walaupun satu isi kuliah agama aku tak ingat, namun aku ingat semua roti canai yang dimakan.

Terima kasih ayah!

Melayu

'Melayu':

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

Nukilan Dr Osman Awang