Thursday, 2 January 2014

Sampaikan ilmu hadis

Daripada Zaid bin Thabit RA, Nabi SAW bersabda:

"Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafal sehingga ia menyampaikan kepada orang lain.

Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya."

Riwayat Abu Daud dan al Tirmizi

Keterangan hadis
Menyerikan-elokkan akhlak dan tinggikan darjat.

Hukum wajib menuntut ilmu, bersungguh sungguh kaji hadis dan merumuskan perkara yang tersingkap di sebalik suatu hadis.

(Aun al Ma'bud)

No comments:

Post a Comment