Thursday, 9 January 2014

Nikmatnya tidak mengentahui

Aik? Apa pelik sesangat nih!

Aku tengah berkira kita untuk meninggalkan handset di bandar. Masuk estet, biar lost contact! 

Kalau ada hs di estet pun, bukan dapat line 3G pun! Buang masa jer bawa hs canggih! Kuranglah sikit masa aku merenung hs yg tak de line!

......
Sejak lebih 5 tahun tak tgk berita, tak baca newspaper.

Astro potong.
Facebook pun terminate.
Skrg hs pulak?! Aku nak masuk gua ke apa?!

Yup bos, aku nak masuk gua. Dah cukup rimas sangat dengan kecanggihan dunia IT nih. Buat jiwa aku sesak nafas.

Apa yang terjadi?

Maklumat yang masuk ke kepala aku disebabkan IT sudah ke tahap tepu, tak boleh masuk dan diterima lagi. So, kena buat tindakan drastik. Kena stop!

Lebih lagi jika maklumat itu tak kena dengan naluri dan keinginan aku. Aku nak masukkan sesuatu yang lebih bernilai, tetapi selagi mana banyak sampah sarap masuk, selagi itulah benda lebih besar dan bermakna buat aku tak boleh masuk.

Dulu aku berkata, 

Knowledge is power.

Sekarang aku kena define balik maksud knowledge tuh. 

Zaman sekarang, maklumat banyak, tetapi ilmu bermanfaat amat jarang. Kena banyak tapis dan saring. Silap tak tapis, boleh pecah kepala otak.

Aku nak kena kosong ruang otak aku, jadi aku kena stop perkara yang menggunakan space memory otak aku.

Bukan setakat itu, aku tak nak ambil tahu hal yang tiada kaitan dengan aku. 

No, no, no. 

Aku nak fokus.
Aku nak bersihkan diri.
Aku nak isi dengan perkara lebib besar. 

Allah buat kita lupa. Mesti ada hikmahnya. 

So, jom kita fikir!

Oh nikmatnya aku tak tau!

No comments:

Post a Comment