Friday 18 September 2009

Pengajaran dari Ramadhan

  1. Selama sebulan berpuasa. Jika ditambah dengan puasa sunat hari - hari yang lain, umat Islam akan berpuasa sekurang kurangnya 20% daripada keseluruhan hari setahun.
  2. Salah satu kreteria puasa adalah menahan diri daripada lapar (tidak makan dan minum) hampir 12-13 jam.
  3. Makan dan mimun telah banyak dikaitkan dengan perbagai jenis penyakit. Ibu segala penyakit adalah makan.
  4. Pelbagai ajaran agama berkait dengan makan.
  5. Makanlah dari rezekit yang halal.
  6. Makanlah dan janganlah berlebih - lebihan. Jangan membazir kerana itu adalah amalan syaitan.
  7. Jika lelaki yang bujang tidak cukup syarat untuk berkahwin, digalakkan untuk berpuasa. Melalui puasa, hawa nafsu dapat ditahan.
  8. Syaitan bergerak di dalam jiwa anak Adam melalui saluran darah. Jika berpuasa, saluran darah tidak akan mendapat tenaga. Dengan sendirinya hawa nafsu dan syaitan dapa dikawal dari dalam diri manusia.
  9. Hawa nafsu boleh ditafsir melalui pelbagai cara. Nafsu marah, nafsu melakukan maksiat, nafsu membazir semasa makan atau membeli - belah, nafsu dengki khianat dan bermacam - macam lagi.
  10. Sungguh indah suruhan Allah kepada umat manusia, dengan melalui ibadat puasa, kita dapat melawan musuh kita yang paling nyata, iaitu hawa nafsu.
  11. Apabila musuh ini dikalahkan, kita akan kembali kepada fitrah semula jadi dan menjadi lebih berakhlak.
  12. Senang untuk berbuat baik.
  13. Senang untuk beribadat.
  14. Senang untuk kembali menjadi Hamba Allah yang beriman dan bertakqwa.

No comments:

Post a Comment