Tuesday, 10 August 2010

Zakat @ LHDN

  1. Tahukah anda bayaran cukai pendapatan boleh diganti dengan bayaran zakat?
  2. Ambil mudah, jika anda perlu membayar cukai pendapatan sebanyak RM10,000 pada tahun 2009, jumlah tersebut boleh diganti dengan bayaran kepada pusat zakat di mana - mana negeri.
  3. Saya syorkan anda bayar kepada pusat pungutan zakat di negeri anda bekerja.
  4. Tida perlu sibukkan diri anda untuk menguruskan pembayaran tersebut, anda boleh minta majikan anda untuk menolak terus gaji anda daripada jumlah bulanan yang ditolak sebelumnya dibayar kepada LHDN.
  5. Kenapa pusat zakat tidak LHDN? zakat adalah wajib dan duit yang dibelanjakan digunakan untuk tujuan kebajikan semata - mata. Berlainan dengan LHDN, anda tidak pasti ke mana duit tersebut dibazirkan.
  6. Bayaran zakat melalui potongan gaji juga dapat mengelak anda runsing untuk menunjukkan dokumen sokongan apabila diminta oleh LDHN setiap tahun.

Zakat, membawa berkat. Tunaikan zakat, sebab amalan ini boleh membersihkan harta dan jiwa anda.

No comments:

Post a Comment