KENALI BOER
Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’.
Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India, Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah. Boer bermaksud ‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda.
Boer yang kelihatan hari ini telah ujud semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang di Wilayah Timur Cape, Afrika Selatan mula membuat pemilihan baka untuk tujuan pengeluaran daging kambing. Pada 1959 , pembiakkan dan pemilihan Kambing Boer mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeder’s Association (South Africa).
Berdasarkan Piawaian Baka oleh Boer Goat Breeder’s Association of South Africa, ciri-ciri Boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/merah dikepala dan leher ( blaze).
Kehaziran tompok coklat/merah dibahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan.
Boer adalah binatang yang kuat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kaki nya pendek , tegap , berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik. Nota: Ciri-ciri Boer Standard boleh diperolehi dari : http://www.embryoplus.com/other_boergoat_standards.html
Kambing Boer Jantan mencapai berat 110-135 ketika matang manakala kambing betina 90-100 kg. Daging Boer terkenal tentang keenakannya.
Buat masa ini ia mendapat pasaran yang begitu tinggi di Amerika Syarikat terutama untuk kacukan Boer yang mempunyai 75% atau lebih darah Boer. Boer kini menjadi kegilaan pengusaha/penternak di Malaysia (selain Peranakan Ettawah/PE) dan banyak negara di dunia. Akhir-akhir ini baka Boer dan Boer Kacukan semakin sukar diperolehi.
Ringkasan Ciri-ciri Boer
* Mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika
* Diternak suku Namaqua Hottentots dan suku Southern Bantu
* Terdapat pengaruh kambing India, Angora dan Eropah
* Berbadan Putih & Coklat/ Merah dari kepala ke leher
* Konformasi badan yang baik, tegap dan mantap. Kaki pendek, tegap, berisi serta bahagian paha dan belakang yang tegap dan berotot.
Ref
http://aurofarmgarden.webnode.com/
No comments:
Post a Comment