Sunday, 29 October 2017

Al kisah keretaku yang pertama

Bab keta ni saya memang buta huruf. Kalau nak kira level, macam level budak baru nak belajar abc. Memang buta tahap gaban angkasa lepas.

Dipendekkan cerita, saya beli keta Alza tahun 2009. Saya dapat lesen stim engineer dulu sebelum beli keta iaitu tahun 2006.
Saya beli rumah dulu awal tahun 2009 sebelum beli keta tahun yang sama bulan September 2009.

Lesen keta pun saya dapat tahun 2007 setelah 2 tahun saya bawa hilux company (kah kah).

Jadi Tuan Puan, saya memang tak minat bab keta. Keta ni sekadar kasut jer bagi saya. Minat saya terhadap busur, kambing, pokok pokok mengalahkan minat saya dalam bab keta. Bila orang cite bab keta, saya memang kunci mulut. Langsung tak boleh menyamput. Bila orang tayang keta baru, saya langsung tak de selera. (Maaflah yer kawan2 yang memang anggap keta sebagai bini no.2 yer. Jangan kecik hati dengan post saya ni).

Setelah 8 tahun keta Alza berkhidmat untuk saya dengan jayanya. Dari Miri hingga ke Lahad Datu. Ulang alik KK to Miri tembus Brunei. Dari KK rentas Sabah ke Lahad Datu. KM belum capai 100,000 km. Bini buat hantar anak sekolah dan beli ikan jak. Ccm bank tahun lepas habis.

Kenapa saya beli keta tu? Saya beli sebab masa tu anak nak mula sekolah. Kalau bukan sebab tu, memang saya tak nak beli. Dari tahun 2006, saya bersyukur sebab ada keta syarikat sebab kerja ladang. Jad itulah antara punca kenapa saya lambat beli keta (+memang tak minat keta pun). Bila nak decide nak beli keta apa, saya pilih Alza, sebab ia semi Mpv. Boleh muat sampai 8 orang kalau kanak kanak. Kalau dewasa, boleh muat 6 orang. Lebih kepada keta keluarga. Anak 4 bini 1 masih boleh budak2 tu buat aksi akrobatik dalam keta.

Ermm...keta baru? Tunggulah. Nanti aku dapat beli tanah dalam 10-20 ekar baru aku fikir nak tukar ke tak! Banyak lagi komitmen lain.

Moral yang saya nak sampaikan 1 jer Tuan Puan.
Tentukan PRIORITY anda sebelum buat keputusan nak beli keta.

Biarkan kita tak bergaya.
Biarkan kita pakai keta biasa asal kita tak pening bulan2 sampai 9 tahun.
Biarkan apa orang kata, sebab bukan depa yang tolong bayar ccm kita.
Biarlah. Biarlah semua itu. Banyak lagi hal kita kena fikir Tuan Puan!!!

No comments:

Post a Comment