Tuesday, 20 March 2018

Handphone ; Kemudahan @ Malapetaka?



 18.3.2018 saya menyertai pertandingan ucapan buat kesekian kalinya. Peringkat Area Level dan mendapat tempat ke 2. Pencapaian saya tertinggi setakat ini.

Tajuk : “SMARTPHONE”

Jujur, saya sebenarnya tidak melakukan apa - apa persediaan untuk pertandingan tersebut. Namun Smartphone menjadi topik dalam banyak pilihan kerana ia telah memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan saya sejak akhir - akhir ini.

Terpanggil untuk berkongsi perihal besarnya smartphone mempengaruhi kehidupan kita hari ini. 

Jumlah pengguna smartphone di dunia kini 5 billion daripada 7 billion penduduk dunia. Di Malaysia sahaja jumlah pengguna adalah 20 juta berbanding penduduk negara 32 juta. Ia adalah angka melebihi 60%.

Saya mendapat telefon pertama semasa berumur 22 tahun. Semasa di Tahun 2 pengajian di Universiti. Tahun 2002. 

Namun kini, anak saya berumur kurang 2 tahun telah pandau bermain touch screen smartphone. Bayangkan perbezaan zaman yang kita sedang hadapi dan bakal hadapi.

Dalam meniti saat dan masa kini yang semakin pantas berlalu, adakah kita sebenarnya sudah bersedia dengan limpahan budaya baru ini? 

Adakah kita telah bersedia menghadapi suasana baru ini?
Adakah kita cuma menceduk dan memasukkan terus ke dalam kehidupan kita?
Atau ada perkara yang kita perlu lakukan segera?

Pelbagai senarai berlaku sama ada kepada diri kita, bandar kita, negara kita dan juga dunia akibat daripada penggunaan telefon hari ini.

Kita boleh sebutkan pelbagai kebaikan telefon bimbit. Namun tidak kurang juga keburukan telefon bimbit yang ada.

Suka saya katakan, itulah dunia. Baik dan buruk seiring jalan untuk dijadikan pilihan buat kita semua. 

Semasa menulis artikel ini, saya cuma menggunakan telefon bimbit. Tidak perlu bagi saya untuk membuka PC untuk membuat post di blog. Cukup sekadar membuka telefon bimbit.

Harga telefon bimbit adalah RM500 hingga RM4000 bergantung kepada model. Harga sebuah kereta adalah RM30,000 hingga RM300,000. Namun untuk memandu kereta, kita perlu belajar dan lulus lesen kereta. Kita perlu kepada undang - undang jalanraya. Kita perlu kepada polis trafik dan JPJ. Kerana ia boleh membawa kepada kehilangan nyawa. 

Sedarkah kita semua, telefon bimbit berharga RM500 itu lebih besar kesannya kepada nyawa manusia. Ia bukan sekadar boleh membunuh jiwa manusia, malah ia juga boleh menyebabkan sebuah kerajaan runtuh. Ia boleh memecahbelahkan tali persaudaraan. 

Maka itulah sebabnya, kita perlukan dua perkara untuk memastikan kita mampu menggunakan telefon bimbit dengan sebaiknya.

2E.

Etika dan Educate. 

Kita perlukan etika. Jika tiada, kita perlu buat. Jika sudah ada, kita perlu amalkan dan jadikan ia budaya.
Semasa di rumah, telefon perlu ditutup.
Semasa di meja makan, telefon perlu ditutup.
Semasa di bilik mesyuarat, telefon perlu ditutup.

Kita perlu educate diri kita sendiri. Keluarga kita. Rakan kita dan seluruhnya semua manusia di dunia.

Ingatlah, telefon bimbit itu SALAH SATU daripada cara untuk berkominikasi sesama manusia, NAMUN IA BUKANLAH SATU - SATUNYA cara!

No comments:

Post a Comment