Tuesday, 5 May 2009

Boiler Failure - downcomer tube melting! Seorang Jurutera & Tanggungjawab Besar!


  1. 1. Di sebuah kilang sawit (nama dan tempat dirahsiakan), telah berlaku perkara yang amat mengejutkan semua pihak di dalam industri. Boiler bersaiz 27 mt/hr berusia setahun lebih dan beberapa bulan beroperasi selepas overhoul, telah mengalami masalah tube cair.
  2. 2. Punca dan perkara sebenar yang berlaku masih lagi hangat dibincangkan. Saya telah melawat sendiri boiler tersebut dan telah melihat kesan kejadian itu dengan penuh rasa rendah diri.
  3. Saya sebagai seorang jurutera stim gred satu, tidak berani untuk membuat kesimpulan awal. Namun, selaku seorang jurutera, saya amat mengambil berat tentang kejadian tersebut dan berusaha serta berdoa kepada Yang Maha Esa, agar dijauhkan perkara - perkara tersebut.
  4. Setiap waktu, hatta semasa hujung minggu, malam atau baru bangkit dari tidur, tidak lepas dari memikirkan perkara - perkara di dalam kilang! Setiap perkara yang melibatkan nyawa, keselamatan, tekanan tinggi dan sebagainya berselindung di sebalik glamour seorang jurutera bergaji besar!
  5. Memang manis dan indah menjawat jawatan tinggi itu selalu menjadi buah mulut rakan taulan, saudara mara serta perkara untuk show off.
  6. Namun di sebalik glamour tersebut, sebuah tanggungjawab yang besar sentiasa meniti detik kotak pemikiran. Besar kuasa, besarlah tanggungjawab yang dipikul - seperti kata spiderman :P.
  7. Amalkan budaya kerja selama! Jadilah seorang yang jujur dan bertanggungjawab.
  8. Bukan disebabkan oleh syarikat, tetapi disebabkan oleh kerana kita bersaksikan Allah Yang Maha Mengentahui dan Maha Menghukum.

No comments:

Post a Comment