Sunday, 10 May 2009

Everyday is MOTHER'S DAY - 10th May 2009




Ibu, ibu, ibu dan bapa..




  1. Insan bergelar 'Ibu' punyai kedudukan yang tinggi dalam Islam. Kedudukannya yang pertama, kedua, ketiga dan barulah diikuti bapa (lelaki). Peribahasa Melayu menggunakan susulan bapa selepas ibu menjadi 'IBUBAPA'. Hatta syurga semua insan di dunia terletak di bawah telapak kaki insan bergelar ibu. Bertuahnya insan bergelar wanita, muslimah, perempuan, ibu, mak, mek, cek, mami, mom, mama, amma dan segala makna yang sama dengannya.
  2. Kedatangan Islam telah mengangkat martabat insan bergelar wanita ke tahap paling tinggi. Sejarah telah mencatit sebelum kedatangan Petunjuk Segala Zaman, anak perempuan ditanam hidup - hidup, perempuan menjadi objek pemuas nafsu, dinafikan hak mendapatkan harta, berada di bahagian peling rendah di dalam heraki masyarakt dsb. Namun, Islam telah mengangkat martabat mereka dan mengiktiraf kedudukan mereka mngikut panduan agama dan selaras dengan fitrah naluri serta asal kejadian keturunan Hawa. Dijadikan dari tulung rusuk kiri lelaki. Paling dekat dengan hati bergelar suami.
  3. Namun sahabatku, ikutlah panduan Al Quran & Sunnah. Janganlah berkiblatkan barat yang menperjuangkan hak sama rata lelaki dan perempuan, sehingga bertentangan dengan Islam! Halakan dulu arah, belajarlah dulu panduan Islam dalam memartabatkan wanita. Jangan terus diambil sogokan media barat yang tidak pernah berhenti untuk mengelirukan umat Muslim.
  4. Memang tidak dinafikan, banyak isu membabitkan wanita yang masih menjadi persoalan utama untuk diperjuangkan. Seperti ibu tunggal, penderaan isteri, gejala negatif membabitkan wanita, isu menidakkan hak mendapatkan pendidikan di banyak negara ketiga, mangsa perperangan dan sebagainya. Itulah sebabnya disyorkan untuk kembali semula kepada Panduan Kitab Penunjuk Sepanjang Zaman. Moga - moga kita berada di landasan yang lurus.
  5. Kembali kepada zaman panduan agama, berapa ramai insan bergelar ibu telah mendapat tempat mulia di sisi Allah. SITI KHADIJAH, SITI AISYAH, FATIMAH AZ-ZAHRA, SUMAYYAH, ASMA ABU BAKAR dan ramai lagi.
  6. Dalam kitab sirah dikisahkan, setelah Rasulullah Saw. menerima wahyu pertama di gua Hira, beliau pulang dalam keadaan menggigil. Tubuhnya gemetar ketakutan. Setibanya di rumah, Beliau meminta istrinya, Khadijah Ra., menyelimuti tubuhnya. Lalu, Khadijah menyelimuti dan mendekap tubuh Rasulullah Saw. dengan penuh kasih sayang, hingga hilang rasa takutnya. Khadijah tidak langsung menanyakan apa yang telah terjadi pada suaminya, hingga Rasulullah Saw. sendiri berkata, "Wahai Khadijah, tahukah engkau mengapa tubuhku tadi gemetar?" Belum sempat Khadijah menjawab, Rasulullah berkata lagi, "Sesungguhnya aku khawatir terhadap diriku sendiri." Khadijah menjawab,"Tidak! Bergembiralah! Demi Allah, Allah sama sekali tidak akan membuat anda kecewa. Anda seorang yangbersikap baik kepada kaum kerabat, selalu berbicara benar, membantu yang lemah, menolong yang sengsara, menghormati tamu, dan membela orang yang berdiri di atas kebenaran." Mendengar ucapan itu, Nabi menjadi tenang.
  7. Zaman berubah dengan cepat. Namun keindahan agama Islam menjadi panduan ke akhir zaman. Semakin ramai, insan bernama wanita kini mendapat pendidikan tinggi, bekerjaya, menjadi gaboenor bank negara, perdana menteri malah ketua negara. Apapun, mereka tidak lepas dari bergelar seorang Isteri dan Ibu. Lelaki diletak sebagai ketua keluarga. Isteri menjadi Pengurus rumahtangga. Allah telah menjanjikan berapa banyak peluang untuk insan bergelar muslimah berada sama rata dengan lelaki di syurga, mengikut pandangan Islam. Tidaklah perlu pergi berperang untuk mengambil syahid dsb. Cukup dengan menitiskan airmata disebabkan memotong bawang, sudah mendapat pahala yang besar.
  8. Tangan yang membuaikan bayi ini, bakal mengoncang dunia. Oh ibu, sentuhan, didikanmu, kasih sayangmu dan jasamu diperlukan oleh anak - anak kecil. Tidak sama sentuhan penjaga di tempat asuhan mahupun pembantu dari seberang. Apalah gunanya rumah dan kereta mewah itu jika anak - anak kecil itu nanti tidak menjadi saham kita di akhirat.
  9. Oh Ibu, aku insan bergelar anak dan lelaki. Telahku merantau dari Kelantan, ke Pulau Pinang, turun ke Selangor, menyeberang ke Sabah dan sekarang di Sarawak. Namun ketahuilah ibuku, engkau sentiasa di sisiku. Wajahmu sentiasa diingatanku. Masakan mu menjadi kerinduanku tak dapat ditemui di semua hotel 5 bintang. Doamu telah berapa kali membuktikan keberkatannya. Moga engkau sentiasa berada di dalam rahmat Allah selamanya.
  10. Selamat Hari Ibu. Setiap hari, HARI IBU.

No comments:

Post a Comment