Thursday, 20 October 2011

Tips Menyimpan

1. Mulakan sekarang jangan membuang masa.

2. Simpan walaupun sedikit pun, lama-lama jadi bukit. Simpan 30% daripada gaji bersih dan jadikan 6 bulan gaji. Kurangkan bebanan hutang. Jika banyak hutang, bayar dan jangan buat hutang baru jika hutang lama masih belum diselesaikan.

3. Buat auto-debit atau standing struction /  arahan tetap macam transfer terus ke Tabung Haji atau mana-mana bank lain.

4. Elakkan mentaliti untuk cepat kaya, i.e. melabur dalam pasaran saham yang mana kita tidak mempunyai kepakaran

5. Berbelanja dengan berhemah, i.e. beli apa yang diperlukan, macam handphone tu jangan selalu sangat tukar mengikut perkembangan teknologi.

6. Tentukan matlamat seperti simpanan untuk masa depan, beli rumah, pendidikan anak-2, kesihatan atau kecemasan.

7. Simpan tempat yang sukar untuk dikeluarkan i.e. pilih simpanan tanpa kad ATM.

8. Hidup mengikut kemampuan kita jangan ikut cara orang lain. Lihat orang yang lebih susah atau miskin berbanding melihat kekayaaan serta kemewahan orang lain.

9. Buat list sebelum ke pasar raya atau pusat membeli belah, beli apa yang ada dalam list sahaja.

10. Satu lagi, kadang-kadang beri penghargaan kepada diri kita atau kejayaan menyimpan supaya kita lebih bersemangat untuk berbelanja secara berhemah, cermat dan jimat.

No comments:

Post a Comment