Tuesday, 3 January 2012

Tips membeli barang kemas Emas

1. Apakah kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.

1.1 Boleh pakai. Ceria si pemakai.
1.2 Boleh bayar zakat. Zakat tu sedekah. Sedekah menambahkan kekayaan dunia akhirat.
1.3 Boleh gadai di Ar-Rahnu jika perlukan tunai segera.
1.4 Nilai sentimental vale kpd pemiliknya.
1.5 Boleh dapat keuntungan bila dijual kerana peningkatan harga.


2. Apakah kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas

2.1 Harga mahal kerana dijual dgn harga FGJAM.
2.2 Kos upah (workmanship).
2.3 Susut nilai (25 hingga 40%) berbanding jongkong.
2.4 Boleh rosak. Patah, bengkok, berlubang, kemek.

3. Tips bagaimana memaksimakan keuntungan melalui barang kemas.

3.1 Survey harga kedai jual di bawah FGJAM atau tidak.
3.2 Survey harga upah ikut design kesukaan dan tawar.
3.3 Pilih gred 916 ke atas (22k).
3.4 Pilih design yang padu, tebal dan tahal lasak.
3.5 Pilih yang tiada batu permata.
3.6 Pilih kedai yang membeli semula emas mereka dengan harga yang tinggi.

No comments:

Post a Comment