Tuesday 12 March 2013

Penggunaan Diesel dan Kilang Sawit

Diesel digunakan di beberapa stesen di kilang sawit seperti diesel generator, wheel loader dan juga kenderaan pengurus.

Dalam artikel ini, kita bincang diesel yang digunakan di diesel generator sahaja. Diesel generator digunakan untuk menjana elektrik kepada kilang semasa turbin tidak beroperasi, semasa start dan stop boiler serta turbin.

Itu semua kita tahu. Tetapi, ada juga kilang terbabas menggunakan diesel generator untuk digandingkan dengan turbin untuk operasi memproses buah sawit. Kenapa?

Sebabnya adalah :-

1. Turbin bermasalah. 

Tidak dapat rated kapasiti. Selepas beroperasi untuk beberapa waktu, terutama jika ada masalah water carry over, nozzle akan berlaku erosion atau steam cutting. Kesannya, elektrik yang dijana oleh turbin ini akan berkurangan daripada rated kapasiti maksimun yang asal. Sepatutnya, jurutera stim perlu menyelesaikan masalah ini segera. Rujuk pengeluar turbin terbabit dan selesai masalah ini. 

*Aku masih tak faham kenapa ada pengurus kilang tidak mahu mengambil tindak segera menyelesaikan isu ini. Ada yang mengambil jalan mudah dengan menjalankan diesel generator untuk memproses buah sawit. Walaupun jumlah kilowatt yang digunakan cuma 100-150 kw, namun untuk jangkamasa panjang, kos boleh mencecah ratusan ribu ringgit!

2. Pembesaran kilang yang tidak terancang.

Semasa sizing atau menentuk saiz turbin yang bakal digunakan, clearance 25% patut ditambah kepada kapasiti semasa. Sejak tahun 70an hingga ke hari ini, penggunaan tenaga elektrik semakin bertambah disebabkan oleh penambahan mesin. Jadi, jika satu masa nanti kilang akan dibesarkan, atau ada penambahan mesin, clearance 25% patut diambil perhatian.

Namun, jika ini tidak diambil perhatian, tetapi pihak syarikat perlu terlalu agresif dalam penambahan mesin, kapasiti turbin tidak mencukupi dan akhirnya diesel generator terpaksa digunakan untuk memproses buah.

Antara penambahan mesin baru di kilang sawit seperti EFB press, tertiary effluent treatment plant, penambahan penggunaan domestik seperti ladang. Ada juga motor dan gearbox diubahsuai tanpa mengambil kira keperluan kapasiti sebenar.

3. Hantu jalan kilang. Pengurus dan jurutera menghilang!!

Apabila bekalan bahan bakar terjejas, operasi boiler juga akan turut terjejas. Fireman dan boilerman terpaksa menggunakan kaedah manual untuk memasuk bahan bakar. Cara paling mudah adalah dengan gandingkan diesel generator. Jika ini menjadi kebiasaan, maka secara tidak langsung penggunaan diesel juga akan meningkat.

Pemasangan moving workinf floor atau autofeeder bahan bakar untuk boiler sangat membantu masalah ini. Walaupun boiler terputus bahan bakar selama 2-3 jam, boiler masih boleh beroperasi pada kapasiti maksimun tanpa ada gangguan.

Walaupun apa yang saya huraikan di atas nampak mudah, tapi hari ini masih ada kilang yang beroperasi memproses FFB dengan gandingan diesel.

sedar atau tidak, kilang tersebut sebenarnya menambahkan kos tambahan sebanyak RM20/mt FFB yang diproses.

Jika 100,000 mt FFB diproses pada tahun berkenaan, bermaksud kilang tersebut telah membelanjakan RM 2,000,000 atau RM2 juta. 

Iaitu kos yang boleh digunakan untuk membeli sebuah turbin.



No comments:

Post a Comment