Bila buah sawit buruk diproses di kilang sawit, maka hasilnya pun buruk.
Rubbish in, rubbish out.
Maka bermulalah episod masalah untuk kilang sawit menyelesaikannya.
1. CPO tak leh jual.
2. Kena marah dan bising dengan bos.
3. Kena menanggung banyak risiko apabila menyimpan CPO berkualiti rendah untuk jangkamasa yang lama.
Kiranya, ladang selesai masalah bilamana buah sawit sudah menjejak kaki ke atas timbangan di kilang sawit. Masalah kilang baru bermula.
Ok.
Buah sawit buruk > FFA tinggi lebih 5%. Tapi tak semestinya DOBI rendah. Ulang, TAK SEMESTINYA DOBI RENDAH.
DOBI walupun tak tinggi, tapi akan berada dalam range 2.4-2.5 (Production CPO) walaupun FFA mencapai 6%. (Ini pengalaman aku).
Apa jadi bila kilang merekodkan FFA tinggi, dan pada waktu yang sawit DOBI juga bawah <2.31?
Terutama bilamana CPO telah disimpan lebih dari 30 hari?
Aku tak percaya jika sebuah kilang mendakwa, production CPO FFA 6% dan pada waktu yang sama DOBI bawah 2.3. Kenapa? Sebab buah itu masih boleh menghasilkan DOBI 2.4-2.5 walaupun FFA sudah mencapai 6%.
Tapi kenapa apabila dimasukkan ke tangki dan disimpan, DOBI menjunam sehingga bawah paras 2.31??
Apa terjadi sebenarnya?
Ok. Aku takkan terangkan dari segi kimia dan sebagainya, korang carilah sendiri dengan mr google. Aku terangkan di sini melalui pengalaman aku.
DOBI terus menjunam bilamana TIADA PENGURUSAN yang ketat semasa penyimpanan CPO terbabit. Antara kegagalan biasa yang dilakukan adalah, tiada seliaan dan kawalan terhadap operasi pemanasan CPO dalam tangki terutama bagi CPO yang berkualiti rendah.
Pemanasan dijalankan oleh operator tanpa peduli oleh jurutera kilang. Setiap hari dipanaskan. Panaskan, panaskan tanpa sebab.
Akhirnya, DOBI terus menjunam dan membawa sekali pengurus terjunam untuk berbulan - bulan berikutnya.
Ini amalan yang biasa aku lakukan bilamana menghadapi situasi mempunyai CPO berkualiti rendah dan stok CPO yang tinggi.
1. Aku jarang memanaskan CPO di dalam tangki terbabit, melainkan 24 jam sebelum CPO tersebut akan di despatch.
2. Aku cuma panaskan 2 kali seminggu untuk mengelakkan CPO tersebut beku.
3. Aku gunakan CPO production yang mempunyai suhu 60 degree C ke atas untuk memanaskan CPO terbabit.
4. Lebih - lebih lagi jika CPO dalam tangki berkapasiti 2000 mt, tetapi cuma ada CPO bawah 500 mt, maka, aku JARANG sekali memanaskan CPO terbabit.
Itu yang biasa aku lakukan berdasarkan pengalaman aku di kilang sawit.
Aku pernah menyelesaikan masalah CPO berkualiti rendah sebanyak 3800 mt dalam masa 45 hari. Aku juga baru - baru ini menyelesaikan 1500 mt cpo berkualiti rendah dalam masa 14 hari. Kenapa, sebab CPO kilang aku tindak mempunyai masalah DOBI, cuma masalah FFA.
Untuk menyelesaikan masalah FFA sangat mudah kerana perlu mengunakan nisbah CPO bagus dan tak bagus 1:2, tetapi untuk menyelesaikan masalah DOBI, kita memerlukan 1:20. Ya, 1:20. Itu pun kalau ada stok yang SANGAT banyak.
Jadi, Tuan - Tuan Pengurus yang dihormati,
Jangan panaskan tangki CPO anda lebih - lebih lagi jika stok dalam tangki tersebut rendah. Jangan sesekali memanaskan CPO berulang kali dalam tangki. Ia akan menjahanamkan CPO anda dan juga anda sendiri.
Salam.
No comments:
Post a Comment