Sunday 24 March 2013

Seal bahagian tepi tangki dari air hujan


Biasanya kita guna bitumen atau tar untuk tutup bahagian tepi tangki. Kenapa guna tar? sebab tar mampu mengendur apabila tangki panas dan sejuk.

Lama kelamaan, tar itu akan tertanggal dan menjadi punca kepada air hujan untuk memasuki bahagian bawah tangki. Jika tidak diberi perhatian, terutama semasa hujan lebat dan tangki penuh, risiko tangki terturun akan terjadi.

Mengikut pengalaman saya, tar menjadi kurang efisen setelah beberapa waktu kerana tidak mampu untuk mengelakkan air memasuki ruang di bawah tangki. Penyelesaiannya adalah, konkrit.

Mudah, murah.

Ya, ada kelemahannya, di mana apabila tangki panas, ia akan retak. Walaupun retak, kesan kebocorannya tidak seteruk kesan tar.

Jadi, saya lebih suka guna simen untuk perbaiki kebocoran bahagian tangki ini. Lagipun, simen mudah diperolehi berbanding dengan tar.

No comments:

Post a Comment