Sunday, 29 December 2013

Kisah boiler kena hujan

This is classic example of poor boiler management.

Saya menahan diri untuk berdiam diri tentang boiler ini, namun diam itu tanda setuju. Jadi, tak boleh. Kena juga cakap.

Kisah ini berlaku di sebuah negara di artantika. Di sebuah kilang sawit. Kita ringkaskan cerita.

1. Pada tahun 2009, kilang itu mendapat boiler baru yang lebih besar dari boiler sedia ada. Maka, boiler baru pun digunakan ibarat isteri baru. Isteri lama ditinggalkan terkapai - kapai seorang diri di rumah menunggu perhatian dan kasih sayang seorang suami.

2. Atap boiler yang melindungi boiler lama bocor. Entah kenapa, TERLEPAS PANDANG oleh pihak pengurusan. Memang tidak dinafikan, pihak pengurusan telah melakukan dry storage di boiler tersebut, juga melakukan annual inspection setiap tahun. Tapi bab atap bocor ini semua orang terlepas pandang. Bermula dari boilerman, pengurus kilang, pihak HQ dan juga JKKP. Semua tak pandang atas! pandang dalam saja.

3. Ok. Cerita bermula bilamana seorang pengurus baru ditugaskan di kilang tersebut. Iaitu pada tahun 2012.

Pengurus baru yang keras kepala ini terus terkejut. Kenapa boiler lama terebut dibiarkan berpanas hujan dari tahun 2009 hingga 2014 - iaitu empat tahun lamanya boiler tersebut kena HUJAN. DIBASIHI HUJAN SIANG DAN MALAM.

Pendek cerita, pengurus baru tersebut buat apa yang termampu.

3.1 Pasang atap baru setelah bertengkar lidah kerana nak dapatkan duit nak pasang atap baru.
3.2 Cuba jalankan semula boiler tersebut walaupun keadaan amat berisiko tinggi.
3.3 Bila nak jalan, tube pula bocor. Bermula pula siri baru - NAK REPAIR BOILER TUBE BOCOR.

4. Kisah nak repair boiler tube bocor ini pun satu hal. Hal yang betul betul memeningkan kepala pengurus baru tersebut. Ye lah. Apa yang tak pening, kalau ramai orang bantu tak apa, ini banyak yang tukang komen, nak bantu usah sekali. Siap tuduh lagi pengurus baru itu tak buat kerja dengan betul. Sabar, sabar..memang kena sabar bila jadi kuli orang nih. Kata pengurus baru dalam hatinya.

5. Duit tiada, nak kena minta duit untuk repair tube. Selepas siri bertengkar, maka dapatlah RM50K. Maka tahun 2013, pengurus baru itu tukar 15 batang side tube header. Mengikut pendapat beliau, jika selepas 15 batang side header tube ditukar, beliau masih optimis boiler tersebut masih boleh beroperasi dengan jayanya. Namun, apa yang terjadi, sukar nak digambarkan. Top header pula yang bocor.

Disebabkan ada tube baru yang bocor, pengurus itu pun memaklum kepada ketua beliau. Bos, boiler ni dah 4 tahun kena hujan. Saya rasa, bagus buat besi buruk saja. Boiler ini dah la

5.1 Kecik
5.2 Bocor tube banyak sangat.
5.3 Boiler feed pump pun tiada, kena beli baru
5.4 ID fan nak kena tukar sebab dah berkarat nipis, vibration teruk
5.5 Instrument control nak kena ganti pasang baru
5.6 Semua multi cyclone dust collector dah nipis, body  nipis dan berkarat
5.7 Badan boiler juga semua dah nak reput dan hancur kerana karat
5.8 Pump softener dan piping juga
5.9 Chute ID Fan juga teruk hancur dan berkarat
5.10 Tak tau lagi tang mana tube nak bocor kerana EXTERNAL CORROSION..
5.11 Kalau pun nak juga belanja duit RM300k - RM900k, masih tak berbaloi kerana boiler tu kecik dengan requirement baru kilang!

Maka berlakulah lagi siri bertengkar dan tuduh menuduh. Pengurus itu juga dituduh tidak menjalankan tugas dengan baik. Tidak tahu menjaga boiler.

mmmm.......enough is enough.

6. Maka pengurus itu berkata kepada ketua ketuanya. Bos, dari 2012 saya masuk ke kilang ini, saya telah cuba buat yang terbaik. Tahun 2009 hingga 2012, boiler tu kena hujan panas, tiada siapa pun yang peduli. Sekarang, saya nak selesaikan masalah. Kalau Bos semua tak mahu selesaikan, apa saya boleh buat?

7. Semua bosnya diam.

....................ironinya, itulah yang berlaku di dunia nyata.

Bila sorang tu nak selesaikan masalah, banyak onak dan onar di depan.
Yang tukang nak salahkan orang lain terlalu ramai.
Yang buat masalah dan bermasalah, tidak pula dipeduli.

Salam.

(CERITA INI BERLAKU DI ANTARTIKA- TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP DAN MATI DI MANA MANA MUKA BUMI).

No comments:

Post a Comment