Tuesday, 24 December 2013

Antara lagu penyanyi terkenal dan kuliah ulamak yang alim

Keyword: fokus, subjek dan kaedah.

Assalamualaikum wt kepada pembaca blog yang saya hormati.

Sejak beberapa tahun yang lepas saya terlibat dalam beberapa kumpulan IT samada berkisarkan kerjaya, kejuruteraan, agama mahupun peribadi. Ia sebenarnya menggunakan medium masa kini yang biasa digunakan oleh kebanyakan manusia di dunia. 

Facebook, whatsapp dan blog. Cukuplah 3 tu. Tak sempat nak melangkaui medium twiter, istagram atau apa lagi nama!

Melihat kepada ramainya umat manusia menggunakan permainan ini, maka saya mendapat idea menukarkan SUBJEK menggunakan permainan tersebut.

Contoh mudah.

Ada group yang membuang masa berbincang soal di mana makanan sedap?
Ada group mengumpat.
Ada group share benda lucah dan dosa.
Ada group politik.
Malah 1001 group yang tak mampu saya nak senaraikan. Namun, kesimpulan dari group itu, lebih 80% adalah group membuat dosa percuma!!!

Dari situ saya mendapat idea menukarkan subjek kepada subjek yang lebih baik. Tukarkan kepada perkara 

1. Bermanfaat
2. Berpahala

Kenapa?

Pada pendapat saya, manusia ini ibarat sebuah peti sejuk. Peti sejuk itu kena isi. Ada dua sahaja benda boleh isi, benda baik dan benda busuk. Tak boleh kedua duanya sekali. Dan jika tidak diisi, akan lebih cenderung untuk dimasuki benda busuk.

Maka, usaha mengisi benda baik sangat sangat sangat diperlukan!

Kita tak nak manusia berbuat dosa dengan blog dan facebook, tapi pada waktu yang sama kita tidak mengisi ruang kosong atau vacuum yang timbul daripada ruang tersebut?!

Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ramai para ustaz dan ulamak yang cuba juga untuk mengikuti perkembangan sesama membina blog, menyebarkan ilmu melalui IT dan saban hari mengajak manusia ke arah lebih baik menggunakan IT! Tahniah saya ucapkan dan terima kasih kerana kaedah itu dapat dicapai oleh seluruh manusia hatta berada di penjuru artantika dan atlantik!

Namun...kekadang saya ada resah dan kecewa bila ada suara sumbang!

Antara suara sumbang berbunyi,

Kalau nak belajar ilmu agama, kena ada guru dan berdepan dengan guru.

Tak sama belajar di masjid dengan mp3 atau record.

.......,,

Hellooooo! Boleh singgah minum kopi sekejap?!

Kalau nak bandingkan pun, gunalah apple dengan apple!

Janganlah bandingkan iphone dengan telefon gangang pusing zaman jepun, atau bandingkan keris dengan m16 atau AK47 atau mortar! 

Atau bandingkan kaedah berjalan kaki dengan naik jet?!

No comments:

Post a Comment