Palm oil bila dikenakan suhu 260 deg C, akan mengeluarkan fatty. Hasilnya, minyak yang berwarna hitam akan bertukar menjadi keemasan laksana minyak baru keluar dari pokok. Walaupun asalnya minyak tersebut dibuang dalam cooling pond sejak berkurun lamanya.
Hati suci dan hati murni ibarat cahaya di kegelapan malam. Menerangi seluruh pelusuk alam. Adakah hati itu kekal bersih, dibuang dan dikotori hingga hitam legam.
Adakah perlu suhu 260 deg C baru bertukar warna?
Atau sekadar suhu 60 deg C sudah cukup untuk menukarnya menjadi sinar buat alam?
Tanya diri dan pohon doa kepada Allah moga hidayah itu kekal milik kita hingga ke akhir hayat.
Zulkefli Muhammad
Kembara Insan
27 Ogos 2017
No comments:
Post a Comment