Tuesday, 6 February 2018

CERTIFIED BOILER TRAINER MSIEA SIRI 1/2018



NIOSH Bangi, Selangor. 2-4 Feb 2018.

Dalam kesibukan tugasan harian, saya daftarkan diri untuk menyertai kursus yang julung kali dan pertama seumpamanya di dunia. Yang pertama di Malaysia, ASEAN mahupun di dunia.

Kursus Trainer untuk Boiler.

Terharu dengan komitmen SU MSIEA atau dikenali sebagai FB Dukun Boiler, saya daftarkan diri. Kerja baik kita mesti sokong. Kalau bukan kita, siapa lagi.

Banyak sebab kenapa saya sertai kursus ini. Dalam banyak sebab itu, salah satunya sebab saya juga trainer untuk MSIEA. Untuk memartabatkan MSIEA, kita dulu mesti belajar dan sentiasa perbaiki setiap kelemahan kita. Barulah kita mampu dan boleh majukan apa saja di dunia luar.

Selain itu, ini peluang saya untuk berjumpa rakan - rakan jurutera stim dalam industri yang berbeza. 

Banyak pengalaman menarik sepanjang tiga hari kursus. Ini kali pertama saya sampai ke NIOSH Bangi. Fasiliti yang amat baik untuk belajar. Dengan segala kemudahan yang ada dan harga yang rendah, saya yakin ia antara lokasi terbaik untuk jalankan apa - apa saja latihan kompetensi.

Kesemua peserta datang daripada pelbagai latar belakang. Oil and gas. Power plant. Sawit. Pengurus. Jurutera stim. Malah kita ada juga Pengurus Besar yang hadir. Kita ada dua jurutera stim yang juga professional engineer. Yang paling penting, trainier adalah pakar boiler Malaysia iaitu Salahuddin. 

Kita ada peserta kaum Hawa iaitu Azian. Seorang jurutera stim dan pengurus kilang di sebuah syarikat ternama negara. Beliau juga junior saya semasa di USM. Walaupun kursus yang berbeza, beliau satu batch dengan isteri saya.

Dalam industri sawit, jarang malah 1 dalam 1000 untuk kita berjumpa dengan seorang pengurus yang juga jurutera stim. Ia adalah satu pencapaian yang amat besar buat kaum Hawa di Malaysia mahupun di dunia. Kita wajar terus berikan sokongan kepada beliau untuk terus maju dalam memartabatkan industri.

Setiap peserta mempunyai keunikan masing - masing. Ada kekuatan tersendiri. Saya sendiri banyak belajar daripada mereka semua. Ciri - ciri kekuatan ini perlu digembur dan dimajukan untuk menjadi satu aset buat negara mahupun industri.

Belajarlah sampai ke liang lahad. Jangan berhenti. Mengajar untuk belajar.

Learn to unlearn.


No comments:

Post a Comment